Xiaomi Turunkan Harga Jualan Mi 5

104
views
Iklan Infopelajar2u

Xiaomi Mi 5 yang dikeluarkan sejak bulan Jun yang lepas telah dipasarkan oleh pihak Xiaomi pada harga RM1549.

Kini, selepas beberapa bulan, pihak Xiaomi telah mengemaskini harga jualan peranti berkenaan, dan kini ia boleh dapati pada harga RM1399.

mi5-650x650

Smartphone terbaru Xiaomi Mi 5 ini merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi keluaran Xiaomi, lengkap dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, dan dilengkapi kamera belakang 16-megapiel 4-axis.

Pihak Xiaomi mengemaskini harga jualan peranti ini berkemungkinan adalah disebabkan oleh pengenalan Mi 5S. Apa pun, dengan harga serendah ini, mungkin ini adalah peranti Snapdragon 820 yang kompetitif di pasaran pada hari ini.