Umur 71 Tahun Bukan Penghalang Dapatkan Ijazah Sarjana

171
views
Iklan Infopelajar2u

Demi ilmu yang tidak pernah habis untuk dituntut membuatkan seorang pesara terus bersemangat menghabiskan pengajian ijazah sarjana undang-undangnya walaupun berusia 71 tahun.

Baca Juga : 10 Sebab Mengapa Jurusan Senibina Mungkin BUKAN Untuk Anda

Bergelar graduan Ijazah Sarjana turut menjadi pemangkin semangat kepada Siwnan Rasakandan yang telah mempunyai tiga orang cucu.

Pada Selasa yang lalu telah menjadi tarikh bersejarah buat dirinya kerana berjaya mengenggam ijazah sarjana undang-undang daripada Universiti Malaya (UM).

Selain itu, Siwnan turut menganggap proses pembelajaran adalah suatu terapi hiburan untuk dirinya dan berterima kasih atas semangat dan dorongan yang keluarnya berikan sepanjang pengajiannya.

“Syukur dianugerahkan Tuhan kesihatan yang baik, berkat sokongan keluarga, pensyarah dan rakan-rakan kuliah saya dapat menghabiskan pengajian dalam masa tiga tahun,” katanya kepada ProjekMMO.

Mengakui bahawa dia turut menghadapi cabaran ketika pengajian tetapi dia berjaya membahagikan masa antara belajar, keluarga dan juga kerjaya kerana buat masa sekarang Siwnan turut bertugas separuh masa di firma guaman.

Perbezaan umur antara rakan sekuliah tidak menjadi masalah kepadanya kerana mereka saling tolong menolong ketika menyelesaikan tugasan yang diberikan pensyarah.

Tidak menjadikan ijazah sarjana yang diperolehi sebagai jalan penamat, Siwnan turut merancang untuk menyambung pengajian PhD dan telah mengemukakan tesis kajian tentang “Askar Kanak-kanak”.

Beliau berharap tesis kedoktorannya kelak dapat memahami mengapa masalah tentera kanak-kanak terjadi seperti di Nigeria, Uganda, Afrika dan Afghanistan.

Siwnan turut memberikan nasihat kepada golongan muda untuk tidak takut mencuba benda baru serta tanamkan minat untuk terus belajar sepanjang usia.