UMK Buka Peluang Kemasukkan Kepada 7,000 Pelajar

175
views
Iklan Infopelajar2u

Kemasukkan UMK. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan membuka peluang kepada 7,000 pelajar tanpa mengira peringkat umur bermula Februari ini mengikuti pengajian secara luar kampus.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed berkata, program ditawarkan itu bagi peringkat ijazah, sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan lojistik, pengurusan perladangan, pertanian dan penternakan.

Beliau berkata, pengajian secara bukan konvensional itu akan lebih menggerakkan peranan UMK dalam masyarakat kerana pemindahan dan perkongsian ilmu berlaku secara dua hala.

“Kita telah ada seramai 4,500 pelajar yang mengikuti pengajian 3+1 yang mana pelajar hanya menghabiskan masa selama tiga tahun di UMK manakala setahun lagi di mana-mana universiti luar negara.

“Manakala program 2+2 pula adalah program baharu membabitkan 68 pelajar yang majoritinya mempunyai perniagaan keluarga.

“Kumpulan pelajar ini hanya perlu mengikuti pengajian dua tahun di kampus dan dua tahun lagi luar kampus kerana fokus kita adalah memastikan kelangsungan dan kejayaan perniagaan keluarga berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Persekutuan Asia Timur Untuk Pembelajaran Dewasa (EAFAE) 2017 di UMK Kampus Kota di sini hari ini.

Persidangan itu dihadiri 60 peserta termasuk 16 delegasi luar negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Singapura, Jepun, Thailand, Amerika Syarikat (AS) dan Macau.

Yang turut hadir, Presiden EAFAE, Prof. Donmin Choi dan Pengarah program, Prof. Madya Dr. Ng. Siew Foen.

Sebanyak lapan kertas kerja mengenai pendidikan sepanjang hayat dibentangkan manakala dua ucaptama telah disampaikan oleh Penasihat EAFAE, Prof. Emeritus Gary J.Confessore dan Timbalan Naib Canselor INTI-Laureate International Universities, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter