Tarikh Penting & Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) IPG 2020

231
views
Iklan Infopelajar2u

Khas buat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan tahun 2020 di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Berikutan tahun ini (2020) temuduga secara face-to-face tidak akan dijalankan, serta permohonan sudah diselaras dalam sistem UPU, pelbagai persoalan sudah ditimbukan. Di sini kami kongsikan soalan lazim yang sering ditanya mengenai permohonan ke IPG termasuk tarikh dan kaedah temuduga yang akan dilaksanakan.

Permohonan Kemasukan Ke IPG

Program 1, 2 & 3 (Seperti dalam Maklumat Permohonan)

  • Anda mesti membeli Unit ID di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Permohonan adalah melalui portal UPU-Online.
  • Untuk mendapatkan maklumat program yang di tawarkan anda boleh melayari portal UPU atau menaik turun UPU Pocket.
  • Anda boleh membuat 12 pilihan mengikut kelayakan, bagi permohonan IPG pemohon boleh membuat 4 pilihan

Program 4 (Seperti dalam Maklumat Permohonan)

  • Permohonan boleh dilakukan menerusi Portal PISMP dan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
  • Perlu memohon melalui portal PISMP
  • Untuk mendapatkan maklumat program yang di tawarkan anda boleh melayari portal PISMP.
  • Pilihan bidang bagi laluan Khas SMA/ SMU adalah Pendidikan Islam, Manakala Laluan Khas UEC adalah bidang yang ditawarkan di aliran SJKC.

Nota : Anda boleh merujuk portal UPU-Online dan naik turun aplikasi UPU-Pocket atau menerusi Portal PISMP

Tarikh-tarikh Penting Permohonan IPG

e-Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)

e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.

Tarikh Ujian : 4 hingga 8 Mei 2020.

Semakan calon layak e-UKCG boleh dibuat bermula pada 27 April 2020 melalui portal yang ditetapkan. Anda perlu memasukkan ID dan kata laluan untuk membuat semakan.

e-UKCG Dijalankan Secara Online

e-UKCG hanya boleh dijawab secara atas talian. Oleh itu anda memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG dengan lebih selesa. Walau bagaimanapun anda boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.

Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit secara online, Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangkasama yang ditetapkan. (Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara atas talian pada masa yang ditetapkan akan dikira gagal dalam peringkat saringan)

Panduan kepada calon untuk menduduki e-UKCG disediakan. Anda boleh memuat turun panduan dan membaca dengan teliti sebelum mula menjawab.

Nota Penting :

  • Anda tidak dibenarkan berbincang atau bertanya kepada ahli keluarga atau orang lain semasa menjawab e-UKCG.
  • Tidak lagi boleh menjawab e-UKCG setelah hantar.
  • Sekiranya berlaku gangguan seperti di atas yang menyebabkan anda tidak boleh meneruskan ujian, anda boleh mendaftar masuk semula ke sistem e-UKCG setelah gangguan atau kerosakan pulih (pada hari ujian yang sama).

Temuduga Secara Online

Temu duga bersemuka digantikan dengan rakaman video demonstrasi pengajaran ataupun bercerita cerita kanak-kanak dan hanya yang layak menduduki e-UKCG sahaja dikehendaki menyediakan rakaman video.

Tarikh semakan calon layak e-UKCG : 27 April 2020

Masukan ID dan kata laluan untuk membuat semakan.

Anda diberi tempoh selama 13 hari bermula pada 27 April 2020 hingga 10 Mei 2020 untuk menyediakan rakaman video.

Anda dikehendaki menghantar link/url rakaman video kepada IPGM menerusi portal PISMP selewat-lewatnya pada 10 Mei 2020 jam 11.59 malam.

Nota Penting :

  • Satu garis panduan lengkap telah disediakan sebagai rujukan anda menyediakan rakaman video yang mengandungi semua perkara yang berkaitan. 
  • Menghasilkan video pengajaran antara 5 ke 7 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman video hendaklahdibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risikoketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL video pengajaran ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Panduan dan syaratpenyediaan video pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil saringan eUKCG(Sekiranya calon tidak menghantar video pengajaran akan dikira gagal dalam peringkat saringan)
  • Garis panduan panduan tersebut hanya boleh dimuat turun semasa semakan calon layak e-UKCG bermula pada 27 April 2020. Anda dikehendaki membaca dan memahami garis panduan tersebut sebelum memulakan rakaman video.

Semakan Tawaran & Penempatan Calon IPG

Calon yang telah menduduki UKCG dan menghantar video pengajaran dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

Dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, penghantaran link/ url video pengajaran dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

Semakan Tawaran : 3 Jun 2020

Keputusan boleh disemak di UPUOnline. Atau menerusi Portal PISMP

Nota Penting :

  • Sekiranya anda menolak tawaran anda tidak akan mendapat tawaran lain.
  • Tidak dibenarkan menukar program/bidang pengajian kerana tawaran adalah muktamad.
  • Tidak dibenarkan menukar tempat pengajian kerana keputusan tawaran adalah muktamad.
  • Penangguhan pendaftaran dan rayuan adalah tidak dibenarkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat sokongan yang boleh membantu pemohon boleh didapati di :

Baca : Panduan Permohonan UPU Online 2020 Serta Tarikh Penting

Semoga Panduan ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian anda yang disebutkan di atas.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here