UiTM Cipta Nama Sebaris Universiti Harvard Setelah Menangi Tempat Ke 3 Dalam Debat Ekonomi Peringkat Dunia

251
views

Empat pelajar undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewakili rantau ini pada pusingan akhir dunia baru-baru ini Pertandingan Debat pelaburan langsung asing (FDI) Timbangtara Antarabangsa telah berjaya mangharumkan nama Malaysia.

Mana tidaknya dalam acara yang diadakan di Buenos Aires, Argentina, menyaksikan pasukan daripada UiTM itu telah meraih tempat ketiga, di belakang Universiti Harvard untuk tempat kedua dan Paris Bar School untuk tempat pertama.

Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu bersaing di peringkat tertinggi dan berjaya, mereka ialah Amiza Murad(ketua pasukan), Fathan Alfian, Izzudin Zahidi dan Iffah Yahya.

Kegembiraan ini telah dikongsikan oleh seorang pensyarah undang-undang UiTM Encik Izuan Izzaidi Azmi di laman Facebooknya.

UiTm Debat Ekonomi

Menjadi satu-satunya pasukan dari asia yang layak ke semi final daripada beratus pasukan seluruh dunia yang bertanding (dari regional round), mara ke peringkat dunia bersama lebih 60 pasukan dari pelbagai university hebat termasuk Kings Kolej & New York University.

Berada pada kedudukan Top 4, mengalahkan Brazil tetapi kalah kepada Paris Bar School yang kemudiannya mengalahkan Harvard University seterusnya meletakkan Malaysia di tangga ke 3 dunia bagi saya adalah suatu kejayaan yang amat membanggakan buat negara walaupun kita tidak bergelar juara…

#Keputusan Rasmi
FDI Moot Oral Finals 2016 (world round) Buenos Aires, Argentina

1) Paris Bar School, France
2) Harvard Law School, Harvard University USA
3) Faculty of Law, UiTM Malaysia

Tahniah kepada keempat-empat mereka ini dan juga pensyarah yang terlibat. – infopelajar2u

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

Debat UiTM 4

Debat UiTM 3