TVET dijenamakan semula sebagai TVET Malaysia

123
views

Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara ini dijenamakan semula sebagai TVET Malaysia dalam usaha kerajaan memperkasakan rakyat serta memajukan negara ke tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjenamaan semula TVET berupaya mengubah dan memperbetulkan persepsi negatif masyarakat yang sering bertanggapan bahawa sistem pendidikan itu sebagai pilihan kedua atau hanya diceburi mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik baik.

“Penjenamaan TVET Malaysia ini satu usaha bagi memantapkan koloborasi di antara semua pihak berkepentingan dalam bidang TVET agar menjadi pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan lumayan serta mempunyai potensi yang tinggi,” katanya ketika berucap di sini hari ini.

Sumber : Utusan Online