Cara Tukar File Format PDF kepada Word

61411
views
Iklan Infopelajar2u

Tukar PDF kepada Word. Fomat PDF banyak digunakan dalam setiap dokumen yang diterima kerana ianya merupakan format yang selamat dan dapat dibaca pada kebanyakan komputer.

Ini termasuk komputer tablet, komputer riba dan desktop kerana setiap komputer ini sudah dipasang dengan perisian pembaca PDF.

Antara contoh PDF reader yang sering diguna pakai adalah Adobe Acrobat PDF Reader, Foxit Reader dan Sumatra PDF.

Namun di antara banyak-banyak PDF reader, disyorkan untuk menggunakan Adobe Acrobat PDF Reader kerana Adobe Acrobat akan memudahkan anda untuk convert balik sebuah file PDF menjadi file dengan format office (Word atau Excel).

Tukar Format PDF kepada Format Lain

Kebiasaannya, kita sebagai pelajar banyak menukar format PDF kepada format lain (PDF to WORD, PDF to Power Point dll.) adalah ketika hendak menyediakan kertas kerja untuk persatuan, menyiapkan presentation dan lain-lain.

Hal ini berlaku kerana kebanyakan dokumen yang diperolehi serta dimuat turun dari internet banyak menggunakan format PDF.

Cara Tukar File Format PDF kepada Word

Sudah diketahui umum, .doc dan .docx merupakan pengenalan file name extension kepada dokumen berformat Word. Manakala PDF pula mengguna pakai file name extension .pdf. Jadi untuk memastikan penukar format PDF kepada Word itu berjaya, hanya perlu lihat file name extension berubah setalah melalui proses transformasi ini.

Di sini, kami akan menggunakan aplikasi online untuk tujuan menukar PDF kepada Word (PDF to Word). Mudah, ringan dan tidak perlu memuat turun sebarang perisian untuk dipasang ke dalam komputer.

Anda hanya perlu ke pautan yang disediakan dibawah.

Langkah yang anda perlu ikuti

1. Klik pada url ini dan pilih settingformat yang hendak diubah. Contohnya PDF kepada Word.

2. Muat naik dokumen atau pilih dari Drop Box dan Google Drive.

3. Okay sudah siap. Sekarang anda hanya perlu muat turun dokumen yang sudah berjaya diubah format.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan kemudahan kepada tugas dan kerja anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter