6 Tips Untuk Murah Rezeki

206
views

Murah Rezeki. Semua manusia mahukan rezeki yang banyak melimpah ruah. Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup.

Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.

Rezeki, Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu..

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.

Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah. Ini 6 tips murah rezeki yang kita boleh amalkan setiap hari.

Amalan Yang Memudahkan Rezeki Datang

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

#1 Sentiasa Ingat Kepada Allah

Sentiasa ingat kepada Allah. Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia.

#2 Membantu Golongan Orang Miskin

Bila kita membantu lebih ramai orang miskin atau dalam kesusahan, Allah membantu kita berkali ganda.

#3 Membantu Penuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah salah satu jihad dalam Islam. Bila kita membantu memudahkan seseorang untuk menuntut ilmu, in sha Allah, urusan kita juga turut dipermudahkanNya.

#4 Bersyukur Atas Nikmat

Sebagai hamba Allah, kita mesti sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah kurniakan rezeki ke atas kita.

#5 Bersedekah Secara Istiqamah

Bersedekah sedikit-sedikit secara berterusan itu lebih baik daripada sedekah banyak tapi sekali sekala sahaja. Tidak pernah rugi orang yang suka bersedekah.

#6 Istighfar dan Bertaubat

Istighfar dan bertaubat setiap hari. Kita manusia biasa yang selalu berdosa. Tanpa sedar, dosa-dosa itu boleh menyempitkan rezeki kita. Oleh itu, pentingnya untuk sentiasa mohon ampun daripadaNya.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter