Tips Untuk Menguatkan Dan Meningkatkan Daya Ingatan

22246
views
Iklan Infopelajar2u

Sebenarnya, kita dapat menguatkan dan meningkatan daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan.

Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya ketika di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.

Petua Dan Tips Untuk Menigkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan

#1 Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

#2 Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita diperuntukkan untuk tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan memerlukan rehat. Keletihan hanya akan mengganggu memori yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

#3 Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat diri anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan pantas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan cara bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

#4 Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan.

Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yang diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum mengambil makanan tambahan.

#5 Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

#6 Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak menghiraukan keadaan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

#7 Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

#8 Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek seperti menjahit atau menghadiri ceramah dan motivasi.

In Shaa Allah, jika niat anda baik ianya pasti akan mendapat hasil yang diberkati!

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter