Tips Temuduga Senibina UiTM

20251
views
Iklan Infopelajar2u

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah atas permintaan seorang adik ni nak tahu tips temuduga pelajar senibina, so admin pon cuba untuk buat satu entry khas untuk semua bakal pelajar architecture cewah. Korang dah buat semakan upu kan ? Walaupun admin tak ada pengalaman untuk temuduga ni, tapi admin ada tanya kepada rakan-rakan yang pernah pergi temuduga untuk course ni. So apa yang korang perlu tahu ?

Panduan ini akan membawa korang melalui semua yang anda perlu tahu tentang temuduga kursus Architecture di UiTM. Boleh juga digunakan untuk kursus Interior Design (ID) sebab lebih kurang je cara temuduganya.

Anda tahu tak ape tu ARCHITECTURE ?

Architecture is about the design of buildings and physical structures.

It is both an art and a science — architects design creative and visually inspiring structures and spaces (art), while ensuring that their designs are safe, functional and realistic (science). No one wants to stay in an aesthetically beautiful house, only for it to collapse during a heavy downpour!

The work of an architect does not just end with design though. Architects also work closely with engineers and contractors, making sure that the construction that takes place is according to their drawings and specifications.

From cozy homes and new office workspaces to green community parks and the towering Menara Kuala Lumpur, you are encountering the work of Architecture everyday!

Okay sekarang kita cerita pasal Tips Temuduga Pelajar Senibina UiTM pula.
Memandangkan admin dari UiTM so tak tahulah sangat universiti lain punya temuduga macam mana. Oleh itu, secara ringkasnya interview di UiTM ada dua bahagian.

A) Ujian melukis
B) Temuduga lisan 

Biasanya dua-dua ujian ini akan diadakan hanya dalam sehari je. Kalau korang dapat temuduga kat kampus Shah Alam korang kena kental sikitlah sebab kat sana pergh tunggu lama gila (kawan cakap).

Tips untuk Ujian Melukis

Alatan yang perlu ada !

1. Pensil
2. Pemadam
3. Rujuk 1 & 2

Semasa ujian melukis korang semua akan dikumpulkan di dalam satu bilik dan korang kena lukis benda yang ada kat depan korang (ikut tempat temudugalah).
Kat sini korang diharuskan, diperlukan untuk menujukkan bakat korang melukis. Lukis lah lawa-lawa, better kalau ada masa tambah shading kasi nampak sikit lukisan tu hidup.

AMARAN : JANGAN LUKIS LUKISAN TU STYLE KARTUN

tau sangat zaman sekarang memang ramai kartunis kan, tp bila buat lukisan ni biar nampak realistik sebab ujian melukis ni sebenarnya untuk melihat kebolehan korang melukis mengikut proportion.

Baca Juga : Panduan Untuk Kursus Architecture

Tips untuk Ujian Lisan

Apa yang korang pelu bawa !

1. Surat tawaran temuduga
2. Slip Keputusan
3. Sijil-sijil yang ada
4. Portfolio (kalau ada ini bonus anda)

Ilmu yang korang perlu penuhkan di dada !

1. Ingatlah nama-nama arkitek terkenal
2. Bangunan yang bagi inspirasi kat korang
3. KENAPA NAK AMBIK ARCHITECTURE !

Oh lupa nak bagitahu. Interview kat UiTM ni kena speaking English tau.
Soalan lazim yang selalu ditanya.

1) Tell me/us about yourself

Korang kena preparelah untu jawab soalan ni janganlah jawab “nama saya abu saya berumur 18 tahun, sekian”. Cubalah bagi pengenalan dengan cara yang paling hebat macam “Hi My Name Is ABu, sebab Abuilding itu dalam jiwa ku ciaciacia”

p/s:maaf syok sendiri.

2) Why do you choose architecture?

Jangan jawab sebab “saya suka Achitecture”. Hmmm kalau admin jadi penemuduga pon bosan dah dengar. Try to impress diorang dengan apa yang korang betu-beetul minat pasal Architecture ni.

3) Who is your favourite architect?

Nampak nya kat sini lah gunanya apa yang admin suruh korang prepare tadi.
Nah admin share sikit beberapa Architect :

Zaha Hadid
frank lloyd wright 
le-corbusier
Frank Gehry
Hijjas Kasturi

4) What is your favourite building?

Boleh juga relate dengan architect mana yang korang minat (rujuk soalan no3). Ceritakanlah juga kenapa awak minat senibina pada bangunan tu.

Ok soalan kat atas ni soalan lazim la biasanya tapi tak tahulah soalan apa lagi yang akan ditanya. Korang bersedia jelah. Tapi, interview senibina ni bukan nak tengok korang dapat jawab soalan tu betul atau salah. Tapi interview ni untuk tengok korang mampu berkomunikasi dengan baik & yakin tak. Kalau jawab salah tapi muka confident pun apa salahnya.

Okay itu sahaja untuk dikongsikan. Semoga berjaya kepada semua yang akan ditemuduga. Do your best in interview, insya-Allah anda akan dapat.

Share entri ini jika ia membantu anda 😀

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter