Tips Survival Kewangan Sebagai Mahasiswa

4476
views

Kisah ini dikongsikan oleh seorang mahasiswa bernama Shah di laman IIUM Confession, apa yang dikongsikan sangat menarik perhatian dan berguna untuk sesiapa yang bergelar mahasiswa.

Beliau berkongsi bagaimana cara beliau survive dengan hanya membelanjakan RM200 sahaja dalam masa sebulan. Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh beliau.

Tips Berjimat Seorang Mahasiswa

Assalamualaikum. Aku shah, pelajar tahun akhir di sebuah IPTA. Kat sini aku nak kongsikan tips2 macam mana aku survive dengan hanya RM 200 sebulan.

1) Limitkan Budget Makan RM15 Untuk Seminggu

Ini tak impossible, serious. Cuma kena banyak disiplin dan tak memilih makan. Macam mana aku buat? Tiap2 hari, aku beli makanan hanya sekali dengan budget RM2, maximum. Dan aku bawa ikan bilis dan sambal kering dari rumah. Jadi, kebiasaannya, aku cuma beli nasi kosong (50sen), berlaukkan ikan bilis atau sambal kering yang aku bawak dari rumah tu.

Aku amalkan makan macam ni untuk 5 hari seminggu (RM2.50). Lagi 2 hari tu, aku makan macam biasa dengan budget RM6.50 satu hari. Ye lah, nak jimat, jimat juga. Tapi jangan abaikan terus nutrisi2 untuk sel-sel otak bercantum dengan baik. Kau tu student. Haa, btw, aku didik perut aku untuk makan sekali je sehari. Kalau kau jenis makan dua kali sehari, waktu beli makanan tu, kau asingkanlah separuh, simpan buat makan malam.

RM15 x 4 minggu = RM60

2) Beli Stock Makanan Budget RM60, Setiap awal Bulan

Kalau kau tak tamak dan pandai didik nafsu haloba kau tu, RM60 ni banyak. Bila aku nak shopping untuk stock makanan ni, aku set fikiran beli benda2 yang mengenyangkan aku je. Contohnya:

  • Oat
  • Malt Drink 3in1 (aku beli jenama pasaraya je ie. Giant, Aeon, etc)
  • Bihun 3 bungkus
  • Kiub2 tomyam/ikan bilis/etc
  • Kalau asrama univerisiti kau benarkan rice cooker, beli lah beras.

Dulu aku tak pandai makan oat, tiap kali makan aku akan muntah. Tapi aku pelan2 ajar perut aku untuk terima juga. Satu teknik aku, bancuh oat dengan malt drink. Aku rasa ni satu benefit besar bila perut aku akhirnya dapat terima. Kadang2, kalau satu hari aku tak sempat nak beli nasi dekat cafe, aku bancuh je minum oat+malt drink, letak dalam botol. Sambil2 aku buat kerja dekat library, sambil2 kenyangkan diri.

Bihun? Aku suka buat sup, letak kiub perencah, garam sikit, dan daun sup+daun bawang. Daun sup n daun bawang ni aku tanam sendiri dalam bilik, sangat senang nak hidup. Aku malas siram pun, dia tetap setia kekal hidup. Sup bihun ni aku makan bila dah bosan makan nasi dengan ikan bilis/sambal. Kalau aku ada duit lebih sikit, aku beli lah ayam ke apa dekat cafe, letak dalam sup. Oh ya, macam mana aku masak? Dalam electric kettle je!

Lagi satu, elaklah selalu sangat makan mee segera. Ganti dengan bihun, buat sup macam aku bagitau tadi tu.

RM60 x sebulan = RM60

3) Topup Telefon RM10 Seminggu

Aku guna prepaid, budget topup seminggu RM10, sekali dengan internet. Sebenarnya kalau guna postpaid, ada pelan lagi murah. Aku memang ada niat nak tukar postpaid, tapi tu lah, asyik bertangguh.

RM10 x 4 minggu = RM40

Total sekarang?

RM60 + RM60 + RM40 = RM160

Baki RM40? Tu aku masuk tabung. Kalau aku kena guna duit nak beli buku ke, kena print bahan kuliah ke, kena repair laptop ke, semua aku ambil dari tabung.

Haa, tak mustahil kan? Beliau hidup macam ni hampir dua tahun.

Banyak lagi cara untuk nak jimat lebih lagi. Kau boleh puasa sunat isnin khamis, and buka puasa dekat masjid. Kau boleh join program2 free yang bagi makanan waktu program. Banyak lagi, cuma kau kena pandai dan creative.

Aku kongsi ni bukan sebab nak korang rasa kesian, atau nak korang bank in kan kat aku duit belanja tambahan. Tak. Tapi sebab aku tau, sangat ramai mahasiswa yang selalu ikat perut sampai 3-4 hari tak makan. Jadi aku harap sangat, tips ni boleh tolong. Paling penting, sabar. Sabar, sabar, sabar.

Jom, sama2 jadi mahasiswa yang bijak urus kewangan.