365 Tips Motivasi Diri Yang Anda Perlu Baca

665
views

Hidup kita ini boleh dikatakan senang sepertimana kita menghirup udara segar, namun boleh juga dikatakan sukar sepertimana mendaki gunung.

Akan ada perkara yang boleh mengembirakan atau mengecewakan kita. Dalam apa-apa keadaan pun, anda perlukan seseorang ataupun sesuatu yang boleh membantu anda setiap hari. Sesetengah orang bergantung kepada Tuhan, keluarga, rakan-rakan, impian ataupun cita-cita.

Sekiranya anda diberikan satu hidup yang bahagia, bersyukurlah. Namun sekiranya anda mengalami masalah pada waktu ini, ingatlah bahawa esok merupakan satu misteri. Dan jawapan akan terbongkar dengan perubahan yang anda buat pada hari ini.

Saya berharap 365 tips inspirasi berikut boleh membantu anda sepanjang tahun.

*Semua senarai ini adalah dipetik dari kata-kata ilmuan seluruh negara. Tiada yang berunsurkan hadis ataupun ayat-ayat al-Quran.

Tips Motivasi Dalam Mendengar

  • “Kepintaran adalah sesuatu yang anda dapat melalui pendengaran, bukannya daripada berbicara”
  • “Mendangar adalah salah satu cara penghormatan”
  • “Menjadikan perbuatan mendengar sebagai satu amalan adalah lebih baik daripada bercakap”
  • “Seseorang yang merupakan pendengar yang baik mempunyai ramai rakan-rakan”
  • “Kejayaan boleh dicapai melalui perucapan, mendengar boleh mencapai kecemerlangan”
  • “Mendengar dengan baik boleh membina diri kita dengan lebih baik”
  • “Kesusasteraan dilahirkan melalui pendengaran penkaryanya”
  • “Ikatan persahabatan dan kekeluargaan kekal utuh melalui pendengaran yang baik”
  • “Salah satu element penting dalam komunikasi adalah kebolehan untuk mendengar melebihi kemampuan deria pendengaran”
  • “Tumpukan perhatian semasa mendengar, ingatlah bukan semua diberikan nikmat untuk mendengar”
  • “Dengarlah dengan tujuan untuk memahami, bukannya untuk membantah”
  • “Kawan yang sejati adalah yang sentiasa mendengar masalah anda”
  • “Perbualan yang baik datangnya daripada pendengar yang baik”
  • “Melakukan sesuatu ketika mendengar, seakan-akan tidak mendengar langsung”
  • “Salah satu sebab kita dikurniakan sepasang telinga dan satu mulut adalah untuk memperbanyakkan mendengar daripada bersuara”

Tips Motivasi Dalam Perbualan Dan Penceritaan

  • “Manusia merangkau dunia dengan komunikasi dan perbualan”
  • “Ada kalanya cerita dongeng menjadi satu cerita teladan yang membangun”
  • “Masa depan yang cerah kepada sesiapa yang bersajak”
  • “Manusia belajar berfikir melalui imaginasi dan penceritaan”
  • “Realiti hidup kadang kala sangat merumitkan. Cara yang terbaik untuk ringkaskannya adalah melalui penceritaan”
  • “Biarkan pengalaman didalam memori akan kekal seumur hidup. Kongsikannya akan kekalkannya selama-lamanya”
  • “Beritahu  cerita yang sangat memberikan inspirasi kepada orang lain”
  • “Cerita yang terbaik adalah anda tidak perlu menyatakan mesej utama cerita tersebut secara jelas”
  • “Dunia telah dibentuk oleh nenek moyang kita. Itulah sebabnya kita hidup sekarang”
  • “Kata-kata daripada American Indian : Barangsiapa yang menceritakan sesuatu dialah yang akan menakluki dunia”
  • “Tiada yang lebih menyakitkan daripada menyimpan mesej sesuatu dalam diri sendiri”
  • “Melalui penceritaan, ia boleh membawa manusia kedalam dunia yang tidak pernah dilihat dan didengari”

Tips Motivasi Hidup Dalam Kejujuran

  • “Tiada erti dalam kehidupan tanpa kejujuran dan kesetiaan”
  • “Kita perlu jujur pada diri sendiri dan katakan TIDAK kepada yang berbuat jahat keatas kita”
  • “Tiada yang lebih bererti daripada kejujuran yang dituturkan dan yang perbuatan yang dilakukan”
  • “Kejayaan akan dicapai sekiranya mengaplikasikan kejujuran”
  • “Orang yang berjaya mencapai kejayaan dengan kejujuran dan keazaman”
  • “Kadangkala waktu yang terdesak boleh menjadikan kita jujur”
  • “Jadi diri anda sendiri dan bukannya bayangan orang lain”
  • “Jadilah orang yang benar-benar diri anda, dan bukannya berkelakuan sebagai mana orang mahukan”
  • “Jangan jadikan orang sekeliling yang mencuba jatuhkan anda sebagai satu penghalang kepada kejayaan”
  • “Kenapa anda perlu sembunyikan diri anda sendiri dan menyeksa diri?”
  • “Diri anda yang sebenar bukan ditentukan oleh orang sekeliling, tetapi oleh apa yang anda ingin tonjolkan”
  • “Kebenaran tidak boleh disimpan sebagai satu rahsia”
  • “Kesahihan datang bersama integriti dan kejujuran”
  • “Dengan menjadi diri sendiri, anda mempunyai risiko untuk gagal ataupu berjaya dengan besar”
  • “Sembunyikan kebenaran semata-mata untuk mendapat perlindungan adalah cara yang teruk”
  • “Dengan kebenaran yang terdapat dalam diri anda, ia boleh menjadikan anda seseorang yang lebih baik daripada orang lain”
  • “Tiada bandingan sekiranya anda bertindak jujur”
  • “Gandinagan kejujuran, kebaikan dan kesamarataan menjadi situasi lebih baik”
  • “Jika tiada sifat kesama rataan akan menyebabkan pergaduhan”
  • “Ketelusan boleh mengelakkan situasi berat sebelah”
  • “Ketelusan boleh membuka jiwa”
  • “Ketelusan dilihat pada luaran dan dalaman”
  • “Ketelusan dalam hidup kita perlu sepertimana kebebasan yang kita ada”
  • “Kebenaran tidak akan sesekali bercanggah dengan ketelusan”
  • “Jangan tertukar ketelusan dengan kecintaan”
  • “Keamanan adalah telus kepada semua manusia”
  • “Demokrasi adalah salah satu bentuk ketelusan”
  • “Semua pekerjaan perlu ada ketelusan”
  • “Kejujuran adalah salah satu bentuk kebijaksanaan”

Tips Motivasi Diri Dalam Kerja Berpasukan

  • Apa yang membentuk masyarakat dan tamadun adalah komitmen daripada setiap individu.
  • Untuk menjadi juara, masyarakat perlu bekerjasama sebagai satu kumpulan.
  • Kerja berpasukan meneraju kejayaan dengan satu wawasan setiap ahli.
  • Bekerja persendirian hanya mendapat sesuatu yang kecil berbanding dengan kerja berpasukan.
  • Kerja berpasukan hanya boleh diaplikasikan melalui kepercayaan setiap ahli.
  • Cita-cita peribadi tidak sepatutnya melebihi cita-cita pasukan ataupun kumpulan.
  • Dua fikiran adalah lebih baik daripada fikiran persendirian.
  • Kekalkan kumpulan bersama dan bekerja sebagai satu unit adalah cukup dikatakan sebagai satu kejayaan.
  • Kejayaan tidak akan berada di hadapan anda tetapi akan sentiasa mengikut rentak anda.
  • Tiang bagi sesuatu pasukan adalah ahlinya dan setiap ahli merupakan pasukan.
  • Intelektual kolektif adalah lebih baik daripada satu.
  • Untuk menghasilkan api, dua batu diperlukan.
  • Perpaduan adalah satu kekuatan yang hanya boleh dicapai oleh pasukan.
  • Kerja berpasukan akan menjadi lebih kuat sekiranya ahli tidak mementingkan diri sendiri.
  • Satu pasukan dengan satu matlamat boleh dicapai dengan perpaduan.

Tips Motivasi Berfikiran Terbuka

  • Membuka mata dan mendengar adalah medium kepada pembelajaran dan kebijaksanaan.
  • Mencari sesuatu boleh membawa kepada kejayaan.
  • Pemikiran terbuka tidak boleh dibentuk dari pendidikan dan pengetahuan.
  • Buka fikiran anda dalam semua situasi.
  • Tiada kritikan yang negatif kepada berfikiran terbuka.
  • Untuk meyakinkan seseorang, anda perlu berfikiran terbuka dan mendengar pandangan mereka terlebih dahulu.
  • Keyakinan bukan terletaknya pada jumlah jawapan yang boleh diberikan kepada sesuatu soalan, tetapi tahap keterbukaan kepada setiap soalan.
  • Sebahagia hidup anda adalah ditentukan dan sebahagian lagi ditentukan dengan tindakan anda.
  • Orang yang berfikiran negatif sentiasa mengelak, orang berfikiran positif sentiasa mencari peluang, dan orang yang berfikiran terbuka sentiasa bertindak kepada sesuatu situasi.
  • Bersedia sebelum memulakan perbualan.
  • Perkara yang paling susah untuk dilakukan adalah memikirkan bagaimana untuk bertindak.
  • Setiap hari, sama ada anda yang menentukan nasib ataupun nasib yang menentukan anda.

Tips Motivasi Untuk Serba Boleh

  • Dalam kehidupan, kemenangan adalah apabila anda boleh sesuaikan diri sebagai seorang pemenang.
  • Penyesuaian diri dalam sesuatu masalah boleh membawa anda kepada kejayaan.
  • Anda akan mengatasi semua masalah dengan baik sekiranya anda boleh sesuaikan diri dengan menerima cabaran.
  • Kehidupan ini dipenuhi dengan perubahan, dan sekiranya anda tidak boleh berubah, anda akan ketinggalan.
  • Organisasi yang berjaya mempunyai kebolehan untuk berubah kepada yang lebih baik.
  • Perubahan seseorang boleh memberikan mereka satu peluang yang baharu.
  • Sesuatu yang anda benci boleh bertukar kepada sesuatu yang anda suka, jika anda boleh sesuaikan diri dengannya.
  • Perubahan pada diri adalah sukar, namun sangat berbaloi.
  • Sepertimana air, orang yang berjaya dan bijaksana boleh sesuaikan dirinya dalam mana-mana bentuk masyarakat.
  • Jika anda sanggup mengambil risiko, anda akan mencapai lebih daripada yang anda ada sekarang.
  • Hidup di penuhi dengan gunung, dan jangan berasa kesal jika anda jatuh. Kejayaan berada disebalik setiap usaha.

Tips Motivasi Untuk Semangat Yang Membara

  • Semangat yang anda ada mampu mengubah dunia.
  • Mempunyai hidup yang tidak mencapai apa-apa kejayaan bermakna anda tidak mempunyai sebarang semangat.
  • Perkembangan, pengetahuan dan kebijaksanaan tiada henti kepada sesiapa yang mempunyai semangat.
  • Semangat adalah salah satu anugerah yang membolehkan manusia menakluki dunia.
  • Biarkan semangat dan keghairahan anda memandu anda kejayaan.
  • Sebelum kita boleh merasakan semangat, anda perlu bertindak kearahnya.
  • Memberitahu seseorang akan semangat bagi yang belum pernah merasainya, bagaikan memberitahu tentang cahaya kepada yang buta.
  • Orang-orang yang berjaya dahulu mempunyai semangat yang besar untuk maju kehadapan.
  • Semangat tidak boleh dibuat-buat.
  • Permulaan yang bersemangat akan diakhiri dengan keputusan yang cemerlang.
  • Semua pemimpin mempunyai jalan hidup yang penuh dengan cabaran dan semangat.
  • Jangan berharap sesuatu akan berlaku dengan semula jadi. Anda perlu tukarkan impian tersebut sebagai semangat dan berusaha untuk mencapainya.
  • Sukakan apa yang anda lakukan. Dengan itu, anda akan merasakan lebih bersemangat dalam apa jua perkerjaaan yang anda lakukan.
  • Semangat untuk hidup hanya akan berhenti apabila anda hembuskan nafas yang terakhir.
  • Adalah lebih wajar memilih rakan yang mempunyai semangat yang sama.
  • Sekiranya ada semangat yang membara, nescaya akan berjaya.

Tips Motivasi Untuk Kejutan dan Kebahagiaan

  • Sekiranya anda ingin membuat kejutan kepada rakan, anda juga akan dikejutkan oleh mereka pada suatu hari nanti.
  • Jangan bagitahu bagaimana anda hendak meminta melakukan sesuatu, bahkan beritahu mereka apa yang perlu mereka lakukan.
  • Hidup ini penuh dengan kejutan.
  • Anda akan merasakan bahawa kebenaran itu sesuatu yang menyenangkan.
  • Mengejutkan orang lain adalah lebih mudah daripada mengejutkan diri anda sendiri.
  • Jalani kehidupan setiap hari yang mengharapkan kejutan.
  • Masalah dalam apa-apa situasi boleh diatasi dengan kejutan.
  • Jangan selalu dalam zon selesa.

Tips Motivasi Dalam Kesederhanaan

  • Kesederhanaan merupakan salah satu bentuk kecanggihan.
  • Kebaikan, kebenaran, kesederhanaan dan datang bersama-sama sebagai satu untuk mencapai kejayaan.
  • Hidup secara sederhana tidak bermaksud hidup secara tidak sempurna.
  • Kesenangan, kegembiraan dan ketenangan datang bersama kesederhanaan.
  • Seni yang ringkas boleh menandingi seni yang sangat rumit.
  • Jangan merumitkan keadaan, sekiranya perkara itu tidak susah untuk dilakukan.
  • Dalam dunia yang luas ini, kesederhanaan sukar dicari.
  • Kesederhanaan boleh mengatasi masalah yang rumit.
  • Kesederhanaan boleh menyelesaikan masalah dalam keadaan yang paling harmoni.
  • Kesederhanaan merupakan pemangkin evolusi manusia.
  • Sekiranya anda tidak boleh menerangkan sesuatu kepada budak berumur 5 tahun, anda mungkin tidak memahaminya juga.
  • Tiada perkara yang kita tidak boleh mempelajari, cuma kita sahaja yang merumitkannya.
  • Kesederhanaan dan ringkas menjadi kayu ukur dalam sesuatu reka bentuk ataupun seni.
  • Lepaskan diri anda daripada kesulitan hidup.
  • Alam semula jadi sangat merumitkan, namun sangat sederhana.
  • Alam semula jadi mengajar kita tentang hidup.

Tips Motivasi Dalam Bersyukur

  • Bersyukur dengan apa yang anda dapat, kerana bukan semua orang mendapat sesuatu sepertimana anda.
  • Perasaan syukur dapat dilihat apabila anda sanggup memberi apa yang anda ada kepada orang yang lebih memerlukan.
  • Setiap hirupan udara adalah satu nikmat. Jadi bersyukurlah.
  • Bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang, kerana ada sesetengah orang tidak bersyukur dan telah mengalami kerugian yang besar.
  • Keberkatan hanya datang kepada orang yang bersyukur.
  • Setiap hari, perbayakkan berterima kasih tidak kira sedikit ataupun banyak.
  • Janganlah marah sekiranya sesuatu tidak mengikut apa yang dirancang. Ada hikmah disebalik setiap kejadian.
  • Janganlah tamak dengan apa yang anda peroleh hari ini. Mungkin anda tidak mempunyai peluang sepertimana hari ini.
  • Jadikan ucapan terima kasih dan syukur sebagai satu budaya.
  • Perbanyakkan rasa syukur dan keberkatan akan datang.
  • Apabila anda gembira, ucaplah terima kasih.
  • Perasaan syukur bukanlah pada ucapan, malah dengan perbuatan.
  • Bersyukur adalah salah satu sifat-sifat yang mulia.
  • Sesiapa yang mempunyai perasaan syukur boleh mencapai kejayaan dalam hidup.

Tips Motivasi Untuk Berbuat Baik

  • Perbuatan baik adalah salah satu kriteria yang memisahkan manusia daripada makhluk yang lain.
  • Semudah-mudah berbuat adalah dengan senyuman.
  • Perbuat baik akan dibalas dengan kebaikan.
  • Berbalas sesuatu kebaikan dengan kebaikan akan menguntungkan anda seumur hidup.
  • Dimana ada seseorang, disitulah anda boleh berbuat kebaikan.
  • Tiada had untuk berbuat kebaikan.
  • Berbuatlah kebaikan kepada setiap orang yang anda temui.
  • Berbuat kebaikan adalah satu bahasa yang boleh difahami oleh orang pekak dan perbuatan yang boleh dilihat oleh orang buta.
  • Satu perbuatan yang kecil bernilai sepuluh kali ganda balasan.
  • Satu kesilapan semasa melakukan kebaikan adalah lebih baik daripada berjaya dengan niat yang jahat.
  • Jangan berasa segan untuk mengeluarkan kata-kata yang baik.
  • Setiap agama di dunia mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan.
  • Sesuatu yang anda beri kepada sesiapa akan kekal bersama anda.

Tips Motivasi Untuk Merendah Diri

  • Kita semua adalah manusia. Jangan sesekali memandang rendah manusia yang lain.
  • Perasan rendah diri tidak menjatuhkan kredibiliti anda.
  • Perasaan bangga dan bongkak menyebabkan perang dan perasaan rendah diri melahirkan keamanan.
  • Bagi manusia, perasaan rendah diri adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan.
  • Anda tidak boleh bangga diri sekiranya anda merendah diri.
  • Perasaan rendah diri sukar diamalkan semasa anda sedang marah.
  • Salah satu cara untuk mendapat penghormatan daripada orang lain adalah melalui perasaan rendah diri dan mengamalkannya.
  • Perasaan diri adalah sesuatu yang anda perlu cari, dan tidak dianugerahkan.
  • Abaikan kebanggaan diri merupakan langkah pertama untuk mendapat rasa perasaan rendah diri.
  • Rasakan rendah diri dengan orang sekeliling. Sombong boleh menjatuhkan anda.
  • Orang yang sombong dan bongkak akan sentiasa dikelilingi dengan masalah.
  • Walaupun anda mempunyai banyak kebolehan, berasa rendah diri adalah salah satu cara untuk menghargai kurniaan tersebut.

Tips Motivasi Dalam Sifat Suka Memberi

  • Memberi dan sentiasa memberi. Tiada siapa yang pernah rugi kerana memberi.
  • Perbuatan yang suka memberi sentiasa akan dikurniakan dengan keberkatan.
  • Tiada had kepada apa yang akan kita boleh memberi, melainkan perasaan ragu.
  • Sekiranya anda memberi kepada orang lain, anda akan mendapat daripada orang lain.
  • Memberi adalah membenarkan orang lain merasakan apa yang anda ada.
  • Mulakan perbuatan yang baik dengan memberikan sesuatu kepada orang yang memerlukan.
  • Jangan tunggu orang lain memberikan sesuatu kepada anda untuk memulakan amalan memberi.
  • Memberi tidak akan merugikan anda.
  • Lebih banyak anda memberi, lebih banyak anda mendapat rahmat di dunia ini.
  • Dalam hidup ini anda akan melalui banyak keraguan. Salah satu cara atasi keraguan adalah dengan memberi.
  • Bersyukur dengan apa yang ada dan kongsikan apa yang anda mampu beri.
  • Anda akan mendapat ketengan dengan memberi sesuatu kepada orang lain.
  • Setiap hari ada keberkatan. Salah satu daripadanya datang dengan pemberian.

Tips Motivasi Dalam Kegigihan

  • Andakan kegigihan untuk berjaya dalam kehidupan.
  • Demi mencapai sesuatu target dalam kehidupan, perlu ada kegigihan dan tenaga yang berkekalan.
  • Perkembangan diri anda terletak pada kegigihan yang anda beri.
  • Kejayaan tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat.
  • Pastikan anda tidak sombong dengan kegigihan dan kejayaan yang anda dapat.
  • Sekiranya anda ingin berjaya dalam hidup, anda perlu kekalkan tahap kegigihan anda.
  • Tempuhilah cabaran hidup anda dengan penuh kegigihan dan ketekunan.
  • Anda perlu menyatakan sesuatu dengan jelas.
  • Jadilah sabar seperti pokok yang bercambah.
  • Lakukanlah sesuatu pekerjaan dengan kosisten dan berterusan.
  • Dalam kehidupan, anda perlu ada sifat yang gigih.
  • Hidup ini dipenuhi dengan halangan, dan anda perlu tempuhinya dengan apa jua.
  • Perbuatan secara kosisten dan berterusan dapat memberikan kejayaan kepada anda.
  • Kita semua mempunyai masalah, apa yang membezakan kita adalah cara kita atasinya.

Tips Motivasi Untuk Inspirasi Setiap Hari

  • Carilah sesuatu ataupun seseorang yang boleh memberikan inspirasi kepada anda.
  • Fikirkan impian anda sebelum tidur.
  • Anda dinalai oleh orang ramai dengan apa yang anda lakukan.
  • Demi mencapai apa yang anda impikan memerlukan keazaman dan ketekunan yang teguh.
  • Setiap perbuatan perlu dihadiri dengan tindakan.
  • Tiada salah jika anda berimaginasi, cuma gunakannya kearah yang betul.
  • Tiada orang yang boleh mengahalang apa yang anda hendak lakukan. Dan lakukannya sekarang!
  • Jangan sesekali berputus asa dengan usaha yang anda lakukan.
  • Kejayaan bergantung kepada kebahagiaan.
  • Dengan hanya keinginan tanpa sebarang tindakan tidak akan membawa anda kepada apa-apa.
  • Setiap hari adalah sesuatu yang perlu diingati dan dihargai.
  • Anda tidak perlu berucap dengan nada yang tinggi semata-mata untuk didengari.

Tips Motivasi Dalam Menjalani Kehidupan

  • Walau apa pun, teruskan hidup anda.
  • Kehidupan adalah sesuatu yang ringkas, namun kita sahaja yang membuatnya rumit.
  • Anda boleh dapatkan apa yang anda mahu dalam hidup, cuma usaha yang akan menentukannya.
  • Anda tidak boleh hidup secara bersendirian.
  • Hidup ini penuh dengan perubahan.
  • Hayati kehidupan adalah dengan menerima cabaran dan fahami tauladannya.
  • Perkara yang paling penting dalam hidup tidak boleh dibeli, ia perlu dipelajari dan dipengalami.
  • Anda tidak boleh memandang remeh tentang kehidupan, anda perlu mengharunginya dengan serius.
  • Mulakan sesuatu dalam hidup anda dengan perkara-perkara yang kecil.
  • Penghalang kepada cita-cita anda adalah sikap malas dan ego.
  • Anda akan menghargai sesuatu sebaik sahaja anda mengetahui nilainya.
  • Jangan sesekali berputus asa dalam apa jua halangan yang anda kena tempuhi.
  • Kekayaan bukanlah satu jawapan dalam kehidupan.

Tips Motivasi Kecintaan Tanpa Syarat

  • Cinta terhadap seseorang ataupun sesuatu merupakan satu komitmen, bukan sahaja satu bentuk perasaan.
  • Cinta perlukan perbuatan dan tindakan, bukanya sekadar ucapan.
  • Perasaan cinta hanya boleh dilihat melalui hati, bukannya mata.
  • Perasaan cinta boleh mengatasi masalah emosi.
  • Kehidupan anda akan menjadi lebih bermakna sekiranya anda pengetahui erti cinta.
  • Mulakan hari anda dengan senyuman. Ini boleh membuahkan rasa cinta seseorang kepada anda.
  • Anda boleh mendapat pengetahuan melalui pengalaman yang dipenuhi dengan perasaan cinta.
  • Kehidupan yang bererti memerlukan rasa cinta untuk hidup.
  • Perasaan cinta merupakan guru di samping pengalaman.
  • Mempercayai sesorang menjadi tanda anda menyayanginya.
  • Wang tidak boleh memberi perasaan.
  • Dengan kepercayaan, anda boleh mendapat kejayaan dan dengan rasa cinta, anda boleh menjadikan semua perkara menjadi lebih mudah.

Tips Motivasi Dalam Menerima Cabaran

  • Menempuh cabaran mungkin sukar, namun menjadi satu pengalaman yang anda amat hargai.
  • Sekiranya anda ingin mengubah dunia, mulakan dengan diri anda terlebih dahulu.
  • Hidup anda akan berterusan walaupun dengan perubahan.
  • Berikan komitmen sepenuhnya dalam apa jua keadaan.
  • Jangan banyak memberikan alasan dan merungut.
  • Jadilah orang yang bertauliah dan gunakan ilu untuk membantu yang memerlukan.
  • Anda tidak perlukan sesiapa untuk berubah. Mulakan dari diri anda sendiri.
  • Hanya anda yang boleh mengubah diri anda sendiri.
  • Terima sebarang kesalahan dan lakukan perubahan untuk yang terbaik.
  • Jangan berdegil sekiranya anda salah. Mengaku dan terus mara ke hadapan.
  • Anda perlu berubah menjadi manusia yang lebih baik
  • Anda tidak boleh mengubah dunia secara persendirian, malah anda perlu menjadi inspirasi kepada orang lain supaya mereka boleh memberikan yang terbaik kepada dunia.
  • Sekiranya anda mengetahui makna kehidupan, anda tahu betapa pentingnya perubahan diri.
  • Anda perlu menerima perubahan untuk menghayati kehidupan yang lebih baik.
  • Kata-kata dan penulisan boleh memberikan kesan kepada orang lain. Gunakannya seelok-eloknya.
  • Segala apa yang anda lakukan pada hari ini boleh memberikan kesan yang besar pada masa hadapan.
  • Mulakan perubahan yang positif.

Tips Motivasi Melepaskan Sesuatu Untuk Kemajuan

  • Anda tidak akan mara sekiranya anda tidak mengetahui cara untuk memaafkan.
  • Jika anda ingin menjadi seseorang yang kuat, anda perlu mempunyai kekuatan untuk melepaskan masa silam anda.
  • Belajar untuk melupakan perkara semalam dan anda akan menghargai apa yang anda alami hari ini.
  • Mengucapkan selamat tinggal bukanlah sesuatu yang negatif, ada kalanya ia membuatkan sesuatu yang baik.
  • Anda boleh atasi kelemahan diri anda dengan memaafkan orang lain.
  • Memaafkan seseorang walaupun adalah lawan anda.
  • Memaafkan orang lain boleh menenangkan diri anda.
  • Anda tidak boleh mengubah masa lampau, tapi anda boleh mengubah masa hadapan.
  • Anda juga perlu belajar untuk memaafkan diri sendiri.
  • Sebagai manusia, ada kalanya anda perlu belajar untuk memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan.
  • Anda tidak akan dikasihi jika anda tidak belajar untuk memaafkan.
  • Memaafkan boleh menghilangkan perasaan yang sakit dalam hati.
  • Anda boleh berdamai dengan musuh anda dengan saling maaf memaafkan.
  • Satu pencapaian yang paling tinggi anda boleh capai adalah belajar untuk memaafkan.
  • Anda tidak akan ada masa hadapan yang cerah jika tidak belajar untuk memberi maaf kepada orang yang berbuat salah.
  • Semua orang perlu lepaskan masa yang lalu dan pandang kehadapan.
  • Anda akan mendapat peluang kemenangan pada masa hadapan jika anda belajar untuk memberi maaf.
  • Tinggalka dan lupakan apa yang lalu dan mulakan hidup yang baharu.

Tips Motivasi Kekeluargaan

  • Tinggal dirumah lebih bermakna jika anda mempunyai keluarga.
  • Kemewahan tiada tandingan dengan keluarga dan kawan yang anda ada.
  • Keluarga adalah satu kurniaan yang anda harus hargai.
  • Mempunyai keluarga bagaikan merasai syurga di dunia.
  • Keluarga adalah yang paling penting dalam hidup anda.
  • Jika anda inginkan keluarga yang bahagia, anda harus mengharungi perit dan getir.
  • Hargailah keluarga anda.
  • Anda perlu hargai hubungan kekeluargaan anda lebih daripada wang yang anda ada.
  • Anda perlu ingat bahawa keluarga sentiasa berada disamping anda.
  • Salah satu kurniaan yang paling besar anda dapat dalam dunia ini adalah keluarga.
  • Berbanggalah dengan keluarga yang anda ada.
  • Ahli keluarga akan sentiasa berada disisi anda.
  • Anda mungkin akan kehilangan sesuatu dalam hidup, namun tidak bagi hubungan kekeluarga.
  • Keluarga boleh memberikan kekuatan kepada anda dalam hidup.
  • Walaupun anda membuat banyak kesalahan, rumah akan tetap menerima anda.
  • Anda tidak boleh memilih keluarga, namun anda boleh memilih untuk menyayangi mereka.
  • Rumah dan keluarga adalah tempat yang mengajar anda untuk saling menyayangi.

Tips Motivasi Dalam Keberanian dan Kekuatan

  • Jadilah orang yang berani. Anda perlukannya untuk berjaya dalam hidup.
  • Keberanian dan kekuatan adalah kunci untuk menjalani kehidupan sepenuhnya.
  • Apa yang tidak boleh membunuh anda akan menjadikan anda orang yang lebih kuat.
  • Keberanian adalah sifat yang mulia.
  • Tanpa keberanian, anda tidak boleh memperoleh sifat-sifat murni yang lain.
  • Jika anda mahu dipandang sebagai orang yang kuat dan berani, anda perlu mengakui kekuatan orang lain.
  • Anda sendiri yang akan memberikan kekuatan kepada anda.
  • Latihlah anak anda dengan sifat keberanian.
  • Anggaplah setiap hari boleh memberikan anda kekuatan.
  • Hidup ini penuh dengan cabaran dan ini boleh melatih anda untuk menjadi lebih kuat.
  • Anda akan merasakan kecewa dengan kegagalan, namun ini akan menjadikan anda orang yang lebih kuat.
  • Teruskan perjuangan walaupun anda tiada lagi kekuatan untuk meneruskannya.
  • Jadilah orang yang kuat dengan meneruskan hidup dengan penuh maruah.
  • Lakukan setiap tindakan dan perbuatan anda dengan penuh kebijaksanaan.
  • Pengalaman yang perit boleh menjadikan anda lebih berani dan kuat.
  • Anda akan temui seseorang yang lebih kuat daripada anda, jadikannya sebagai satu pendorong.
  • Anda perlu mencari perbezaan antara kuat dengan perasan kuat.
  • Anda akan meningkatkan kekuatan anda setiap kali anda mengharungi cabaran.
  • Anda tidak boleh mara kehadapan sekiranya anda lemah.
  • Lakukan sesuatu yang mana anda tidak boleh lakukan pada masa dahulu.
  • Anda akan memperoleh kekuatan dan keberanian dengan menghadapi semua cabaran dan dugaan.
  • Inspirasikan impian anda dengan tanpa rasa gentar.
  • Pengalaman boleh mengajar anda membina kekuatan.
  • Kejayaan boleh dicapai dengan pelbagai dugaan.
  • Percaya akan sebab dan kesan sesuatu boleh melatih seseorang menjadi orang yang lebih kuat.
  • Jangan terlalu bergantung kepada nasib.

Tips Motivasi Menjadi Seorang Pemimpin

  • Pemimpin yang betul bukan hanya memegang jawatan, malah melakukan perubahan.
  • Pemimpin perlu memberikan harapan yang besar kepada yang dipimpinnya.
  • Pemimpin perlu membuka ruang dan jalan kepada orang untuk mara ke hadapan.
  • Menjadi seorang pemimpin tidak bermakna anda akan mendapat semua penghargaan.
  • Berikan peluang kepada orang memberikan pandangan adalah sifat yang baik bagi seseorang pemimpin.
  • Pemimpin perlu membentuk pengikutnya, bukan dengan hanya mencari.
  • Melakukan perubahan adalah sifat ketua yang terbilang, dan bukannya pada perucapan sahaja.
  • Sekiranya anda ingin membezakan antara pemimpin dengan pengikut, anda perlu menjadi seseorang yang inovatif dan berfikiran luas.
  • Jadilah seorang ketua yang boleh memimpin semua jenis masyarakat.
  • Sekiranya anda seorang ketua yang produktif, maka anda perlu mempunyai ahli yang produktif juga.
  • Ketua perlu memikirkan cara penyelesaian.
  • Ketua perlu menyelesaikan semua jenis masalah yang akan timbul.
  • Memberikan motivasi kepada ahli dengan memberikan mereka peluang untuk menonjol.
  • Ketua perlu pastikan arah tuju seseuatu institusi berada pada landasan yang betul.
  • Anda perlu menjadi orang yang serba boleh demi menjadi ketua yang berjaya.
  • Pemimpin perlu ada perasaan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan masalah.
  • Ketua yang berkredibiliti boleh mempengaruhi ahlinya, dan bukannya mengarah mereka.

Tips Motivasi Dalam Membina Warisan

  • Gunakan fikiran anda semasa menyelesaikan masalah.
  • Anda pasti akan tinggalkan warisan sekiranya anda hidup dengan penuh kejujuran.
  • Sebelum anda meninggalkan dunia ini, adalah lebih baik anda meninggalkan kenangan yang baik ke dalam hati orang lain.
  • Tinggalkan satu warisan dan kenangan yang boleh memberikan inspirasi kepada orang lain.
  • Sebarang perkara yang anda lakukan akan menjadi satu warisan setelah anda mati.
  • Berikan sesuatu yang bermakna kepada semua orang, nescaya anda akan diingati sampai bila-bila.
  • Berbuatlah baik sampai anda mati.
  • Akan ada orang yang akan mengikut jejak langkah anda setelah anda meninggal, jadi berbuatlah kebaikan sebelum waktu itu datang.
  • Jangan sesekali melakukan keburukan, ini boleh memberikan pandangan yang negatif kepada anda dan keluarga, setelah anda meninggal.

Tips Motivasi Dalam Mencapai Kejayaan

  • Sekiranya anda ingin berjaya, binalah satu tabiat kearahnya.
  • Jalan menuju kejayaan tidak pernah mudah. Dapatkan pengalaman yang secukupnya dan anda pasti akan berjaya.
  • Untuk berjaya, anda perlu mempunyai diri yang sangat berdisiplin.
  • Jangan sesekali berputus asa ataupun berhenti daripada mencuba.
  • Kejayaan hanya akan dicapai bagi orang yang mempunyai hati yang kental dan tabah.
  • Sentiasa berfikiran positif walaupun anda terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan.
  • Harapan boleh memberikan anda kekuatan untuk menuju impian.
  • Selain berfikiran positif, tindakan anda juga perlu positif.
  • Anda perlu fokus kepada impian anda. Semua orang boleh bejaya.
  • Anda perlu memanfaatkan masa yang ada dengan perkara-perkara yang boleh membangunkan diri anda.
  • Berfikiran terbuka semasa menghadapi masalah.
  • Anda perlu peka dengan keadaan sekeliling sekiranya anda ingin berjaya.
  • Jangan sesekali memberikan alasan!
  • Kejayaan bukan bermakna ianya dimiliki oleh anda seorang.
  • Kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang betul dan kadar yang tepat.
  • Pastikan anda berada dalam keadaan yang sihat sepanjang mengejar impian tersebut.
  • Hidup perlu ada prinsip.
  • Anda perlu tetapkan matlamat untuk berjaya dan bagaimana.
  • Jangan berhenti daripada berusaha.
  • Anda perlu mengenali diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengejar impian.
  • Sekiranya anda membaca tips motivasi dari mana-mana sumber, pastikan anda bertindak dan bukannya sekadar baca.

Tahniah kerana anda sudah membaca 365 tips motivasi diri ini. Harap apa yang dinyatakan dalam artikel ini boleh memberikan semangat dan panduan yang tetap kepada anda semua.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter