Tips Menulis Resume Yang Baik

8628
views
Iklan Infopelajar2u

Tips menulis resume. Baiklah kali ini kami di infopelajar2u mahu kongsikan beberapa tips menulis resume untuk dijadikan contoh dan panduan bagi membuat resume yang bagus, diterima dan disukai oleh pihak majikan.

Resume boleh dikatakan satu “kemestian atau kewajipan” untuk sesiapa yang mencari kerja, sebab dengan resumelah majikan mengenalpasti calon yang sesuai dipilih.

Sudah tentu ramai diantara anda akan mencari contoh resume yang baik supaya dapat menyediakan resume untuk dihantar segera kepada potensi bakal majikan.

Namun, boleh dikatakan kebanyakkan daripada kita telah melakukan kesilapan kritikal ini ketika menulis resume.

Pencari kerja terutama lepasan graduan selalunya tidak terlepas daripada sikap yang suka copy-paste contoh resume sehingga menghilangkan originaliti dan keunikkan diri anda sendiri.

Jika mahu copy-paste contoh resume, kita perlu ingat bahawa kita mesti bijak mengolah contoh resume itu agar nampak sesuai dengan kerjaya diminta.

Jadikan ia resume hak milik anda yang kekal, dan bukan sekadar menukar ayat telah tersedia. Tonjolkan personaliti anda dalam resume supaya dapat menarik para majikan.

Tips Menulis Resume

Apa yang perlu ada dalam sebuah resume.

  1. Butiran lengkap diri anda seperti, Nama, Tarikh Lahir, No. Kad Pengenalan, Alamat dan lain-lain.
  2. Latar belakang Pendidikan atau pencapaian akademik. Lebih baik bermula dari SPM dan dituruti oleh pendidikan seterusnya.
  3. Kemahiran dan Bahasa. Di bahagian kemahiran ini, ceritakan secara tepat dan padat mengenai kemahiran yang anda ada, terutamanya kelebihan yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang anda pohon.
    Di bahagaian bahasa pula senaraikan bahasa-bahasa yang anda kuasai. Mandarin ke? Jerman ke? Korea ke?
  4. Objektif dan matlamat kerjaya anda.
  5. Pengalaman Bekerja.
  6. Kekuatan Peribadi atau Kelebihan diri. Nyatakan kelebihan diri anda, seorang yang mampu bekerja di bawah tekanan ke? Haaa..hebat ini.
  7. Aktiviti Ko-kurikulum. Nyatakan tanggungjawab anda dan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum. Misalnya Pengerusi Kadet Remaja Sekolah, penglibatan pula mewakili negeri dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Pahang.
  8. Rujukan. Untuk rujukan ini pula masukkanlah nama-nama majikan atau guru, atau pensyarah anda. Sekurang-kurangnya ada 2 orang rujukan pun sudah memadai.

Ini Dia Tips Menulis Resume

  • Penggunaan Huruf Besar
    Jangan sesekali anda menulis resume anda dengan menggunakan huruf besar di keseluruhan helaian. Tulis resume anda dalam ayat formal biasa.
  • Alamat Email Profesional
    Pastikan email anda tidak mengunakan nama yang pelik, contohnya ijad_boyka@yahoo.com atau naim_smile95@yahoo.com. Buatlah satu email baru khas untuk permohonan kerjaya. Email anda mestilah nampak profesional, lebih baik ia menunjukkan nama anda, contohnya abu.ahmad@gmail.com.
  • Penggunaan Kata Ganti Diri
    Tiada penggunaan kata ganti diri di dalam menulis resume. Menulis resume tidak sama seperti menulis karangan. Ianya berbeza sama sekali.
  • Salah Ejaan
    Pastikan resume anda tidak ada sebarang kesilapan ejaan. Sebaiknya sila semak semula resume anda sebelum dihantar ke mana-mana agensi.
  • Tulisan Boldkan
    Adalah tidak digalakkan menulis resume dengan terdapat banyak tulisan yang diboldkan. Gunakan format tulisan dengan ‘weight’ yang sama.
  • Saiz Tulisan
    Saiz tulisan perlulah mudah dibaca dan sebaiknya gunakan 12-14 mengikut jenis font. Jangan terlalu kecil dan terlalu besar.
  • JenisĀ Tulisan
    Adalah Lebih baik menggunakan font Arial atau New Times Roman.

Kesimpulan

Semoga beberapa tips menulis resume ini boleh dijadikan panduan untuk anda menghasilkan resume yang bagus.

Seperti di awal tadi ada dinyatakan, anda boleh sahaja ambil dan copy paste contoh-contoh resume yang ada, tetapi pastikan anda olah dengan baik, dan semak dengan tips yang telah dikongsikan.

Boleh juga download dan rujuk contoh resume disini

Contoh Resume