Tip Kewangan Untuk Graduan Yang Bergaji Rendah

Nota Editor : Artikel ini merupakan hasil perkongsian daripada Tuan Zaidi Ismail. Beliau merupakan individu yang sering berkongsi ilmu tentang bisnes.

503
views

Graduan yang baru bekerja dan baru sahaja nak mulakan kehidupan, semoga tip kewangan dan kehidupan ini boleh di praktikkan oleh kalian. Gaji kerja pertama saya RM200 sebulan, gaji dengan kerjaya pertama RM700 sebulan.

Saya sudah melalui dan rasa dengan pemulaan gaji rendah. Semua orang bermula dengan satu titik permulaan bukan terus berjaya.

#1 Rendahkan “Expectation”

Rendahkan “expectation” atau harapan hidup kalian dan terima kenyataan hidup semasa, baru bekerja bukan masa nak pakai kereta besar, rumah besar, lepak cafe hipster dan berbelanja sehingga tak ingat dunia. Kumpul harta dulu, tangguhkan kehendak.

#2 Cari Mentor

Belajar dan cari mentor atau guru untuk ilmu yang boleh membimbing untuk bebas kewangan. Jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai tawaran yang tidak masuk akal. Jangan sampai masuk lubang dan langgar tembok baru nak menyesal.

#3 Visi

Cari kawan dan sedara mara yang mempunyai visi atau matlamat yang sama dalam menuju kebebasan kewangan. Ber “networking” dengan kumpulan orang yang betul. Jangan salah pilih orang.

#4 Cari Pengalaman

Berkuli dan cari pengalaman dalam kerjaya sebanyak yang boleh, jangan pilih kerja. Ini bukan masa untuk fikir tentang gaji dan status, ini masa untuk timba ilmu kehidupan, perniagaan dan pelaburan, dengan kata lain ilmu wang, selain dari ilmu agama.

Baca Juga : Ini Antara Sebab Graduan Muda Sukar Dapat Kerja

#5 Mula Di Syarikat Kecil

Mula kerja di syarikat yang kecil, belajar bagaimana syarikat di urus, belajar jadi “jack of all trades” . Ikut banyak boss beberapa tahun, baru kerja di syarikat besar serta belajar proses untuk persediaan membuka perniagaan sendiri.

#6 Dahulukan Yang Utama

Dahulukan yang utama antara masa depan, cita-cita, keluarga dan kehendak. Sentiasa ingat, wang mengalir mengikut keutamaan dalam hidup, Mana yang utama, ke situlah wang akan mengalir deras.

#7 Guna Formula

Guna formula ini untuk bebas kewangan :-

Pendapatan – Simpan = Belanja (baki).

#8 Mengumpul Harta

Kumpul harta secepat mungkin, jangan kumpul beban. Harta memiliki 3 kriteria ( Ikuiti, Peningkatan Nilai & Aliran Tunai positif / ada menghasilkan pendapatan), manakala beban pula sebaliknya, tiada ikuiti, susut nilai dan tiada aliran tunai / aliran tunai negatif.

#9 Ikut Arah Berlawanan

Ikut arah berlawanan dari massa (umum / orang ramai), orang yang berjaya tak ikut apa yang massa (umum) buat. Namun, lakukan sebaliknya. Jangan takut buat silap tapi jangan ulang kesilapan yang sama dan jangan takut gagal, tapi jangan ulang kegagalan yang sama.

#10 Jangan Malu Bertanya

Jangan malu bertanya, selalu bertanya dan selalu pertikai sehingga dapat jawapan yang di cari. Jawapan hanya terhasil selepas soalan ditanya bukan sebaliknya. Kemudian, pentingkan diri sendiri dulu sebelum orang lain. Jangan jadi lilin membakar diri sendiri untuk orang lain, itu satu perbuatan yang makan diri sendiri.

#11 Jangan Berhutang

Jangan berhutang , cukup hanya ada hutang PTPTN , jangan di tambah hutang yang lain. Selain itu, ada juga perlu ada kemahiran hidup. Kalau tiada, belajar dan praktiskan. Paling tidak, boleh guna kemahiran tersebut untuk menambah pendapatan.

Baca Juga : Tips Nak Mintak Balik Duit Yang Dipinjamkan Kepada Kawan

#12 Mengurus Masa Dengan Bijak

Bahagikan masa kepada 4 bahagian.

  • 8 pagi hingga 6 petang = kerja untuk orang.
  • 8 malam hingga 12 malam = kerja untuk diri sendiri.
  • 1 pagi hingga 2 pagi = untuk Tuhan.
  • Selebihnya untuk kesihatan dan istirehat.

Hujung minggu adalah untuk mengumpul harta dan Ilmu.

#13 Mempunya Cita-Cita

Tanam cita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri, jadi penghasil sendiri. Jadi mandiri biar tinggi harga dan maruah diri bukan jadi kuli sampai mati.

Apa juga situasi anda hari ini bukan bersifat kekal kecuali jika korang yang mengekalkannya. Anda yang pilih untuk lebih baik, kekal atau lebih teruk keadaannya.

Baca Juga : Ini 7 Matlamat Kewangan Yang Anda Perlu Ada Pada Tahun Baru

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter