Tip Agar Pekerjaan Anda Tidak Menjadi Beban

351
views
Iklan Infopelajar2u

Pekerjaan kadang-kadang dipandang sebagai beban oleh sebilangan orang. Hal ini disebabkan oleh sikap menunda-nunda, mengeluh, atau stress menghadapi deadline. Akhirnya pekerjaan di pejabat terasa “menyiksa” mereka setiap hari.

Jika anda dalam keadaan tersebut, di bawah ini adalah perkongsian oleh seorang wanita agar anda berasa enjoy ketika berada di tempat kerja anda.

Tip Supaya Anda Enjoy di Tempat Kerja

Hi semua…

Actually, saya pun mengalami dilema seperti yang dinyatakan. Cuma yang bezanya saya dibuli (mentally and physically bullies) bulan keempat saya join this company. Saya tamat je pengajian terus dapat kerja tak sempat nak tanam anggur..hihihi. Sekarang dekat nak setahun dah saya bekerja dengan company ni.

Okay..straight to the point. Ini dia tips yang korang boleh amalkan.

Tips 1 : Elakkan bergaul dengan kaki kipas

Sebabnya, si tukang kaki kipas ni la yang jadi penyebab kita stress semasa kerja. Baik tu memang la baik. Tapi one problem happen, even bukan salah kau pun dia tunding jari kat kau. Selebihnya, segala kebaikkan dia sapu habis.

Tips 2 : Mind your own bussines

Orang tak nak layan kau, kau jangan layan balik. Kecuali orang atasan kau. Apa-apa yang kau tak faham, jangan tanya dorg, better direct ke orang atas kau. Contohnya : project manager. Sebab, kalau kau tanya diorang nanti karang angin tak baik habis kau. Kau jadi la lone ranger selama mana kau dapat bertahan, nescaya akan ada satu atau dua insan akan tegur kau nanti. Pecayalah..(my experience)

Tips 3 : Dare to say NO

Kalau diorang suruh kau buat kerja bukan skop atau bidang kerja engkau. Buat tuli telinga je. Once kau ikutkan apa yang diorang suruh, in the end kau mampus. (Based on true story)

Tips 4: Pekakkan telinga

Jika kau terdengar diorang mengumpat kau ke apa ke, relax. One day akan terbalas balik apa yang dorg buat kat kau. Jika diorang sindir kau dengan kata-kata yang menyakitkan hati kau. Berdoa je mudahan diorang dapat balasan yang lagi teruk daripada apa yang dorg buat. (Jangan sesekali luah perasaan kat fb ke twitter ke wechat ke..no no..takut nanti ada mata-mata yang bagitau even tak da dalam list friend)

Tips 5 : Redha

Kau redha je apa yang akan jadi. Manatau DIA bagi ujian berat camtu ada hikmah disebaliknya. Manatau, lepas ni rezeki kita lagi luas. But no..jangan sesekali resign. Sebab makin cepat ko keluar dari sana, makin puas hati dorg. And end up ko yang merana kalau still tak dapat any job. Ingat family. Berdoa lah sebelum masuk kerja semoga diperlembutkan hati mereka dan permudahkan kerja.

Tu je la tips yang saya amalkan selama ni. Sakit tu memang sakit kerana terpaksa berhadapan dengan ragam manusia hari-hari. Dah la saya kerja 6 hari seminggu dan bayangkan la macam mana saya dapat handle stress ni tanpa berhenti kerja. Sebab berhenti kerja bukan penyelesaiannya. Kerja kat mana sekalipun kalau orang tu tak suka kita, tetap akan rasa down bila kerja.

Tapi saya percaya akan ujian yang diberikan oleh Nya kepada setiap umatnya adalah sebatas dengan kemampuan kita menjalaninya. Bertahan lah selagi mampu. Ingat susah payah mak ayah besarkan kita. Bina matlamat untuk balas balik jasa orang tua. Mulut orang kita tak dapat nak tutup, tapi silent is the best answer. Jangan risau, lama-lama tu pandailah diorang diam bila dah penat

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter