Tingkatan 6 atau Diploma

10960
views

Biasanya, selepas SPM , anda boleh memilih sama ada untuk pergi ke kursus Pra-Universiti selama 1 tahun dan kemudian ke dalam kursus ijazah selama 3 atau 4 tahun bergantung kepada jenis ijazah atau anda juga boleh memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma.

Kami mendapat banyak soalan daripada pelajar lepasan SPM yang bertanya soalan untuk memilih antara Tingkatan 6 dan program Diploma .

” Tingkatan 6 atau Diploma ? “

” Adakah banyak kelebihan tingkatan 6 ataupun mengambil Diploma adalah lebih baik. “

Perbezaan Tingkatan 6 dan Diploma

Walaupun dijalankan oleh kerajaan , mereka yang berminat untuk mendapatkan STPM sebagai kelayakan mereka juga boleh mendaftar sebagai calon persendirian. Program Diploma pula terdapat di kedua-dua universiti, sama ada tempatan atau swasta.

Semoga jadual ini akan membuatkan anda lebih mudah untuk membuat keputusan

DIPLOMA

Basically, diploma akan  mengambil masa dalam tempoh 2 tahun setengah atau 3 tahun (bergantung pada course).

Program peringkat diploma ini telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Jadi, kalau anda sudah tahu apa aim anda, course yang anda minat dan paling penting sekali dah yakin course tersebut ada peluang yang baik untuk pasaran kerja masa mendatang, anda boleh memilih diploma.

Pelajar lepasan Diploma juga boleh terus bekerja ataupun meneruskan pengajian Ijazah. Jika anda menyambung Ijazah dalam bidang yang sama, anda juga boleh melakukan pengecualian kredit, jadi anda boleh memendekkan tempoh pengajian anda di peringkat ijazah kelak.

Baca juga : Diploma atau Matrikulasi? Mana Satu Yang Lebih Baik

STPM

STPM mengambil masa selama 1 tahun setengah. Program ini dipecahkan mengikut aliran. Sistem terkini iaitu sistem modular telah memperbaharui sukatan pelajaran pra u dan pelajar akan menduduki STPM pada setiap hujung penggal (penggal 1, 2 dan 3) disertakan dengan kerja kursus setiap penggal.

Selain itu, dengan sijil STPM, anda boleh mencari kerja di dalam sektor perkhidmatan awam/kerajaan dan diiktiraf setaraf dengan Diploma dalam perkhidmatan awam. Kos pengajian di peringkat STPM nyata lebih rendah kerana anda tidak terikat dengan yuran pengajian yang menjangkau ribuan ringgit.

Akhir kata, kami berharap agar, dengan sedikit info yang kami kongsikan bersama anda ini dapat merungkai serba sedikit kekeliruan di benak fikiran anda terutamanya buat lepasan SPM. Apa pun pilihan anda, kami mendoakan yang terbaik buat anda semua.

Banyakkan research berkenaan course yang anda minat, dapatkan pendapat dari mereka yang lebih arif, anda juga boleh berhubung terus bersama kami di twitter dan facebook , dan kami menyarankan agar anda melakukan ujian Selangkah ke UiTM untuk semakan syarat kelayakan memohon program diploma. Semoga berjaya kami ucapkan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

9 COMMENTS

  1. I WOULD DEFINITELY RECOMMEND FORM 6, NOT BECAUSE I'VE BEEN THROUGH IT BUT BECAUSE FRANKLY SPEAKING, F6 IS THE BEST THING THAT I'VE EVER BEEN THROUGH. IN MALAYSIA, F6 STUDENTS ARE BEING LOOKED DOWN, IT'S ACTUALLY A PRETTY DEMOTIVATING FOR US AS STUDENTS. jUST IMAGINE, YOU WORKED YOUR ASS OF FOR ALL THE SUBJECTS AND THEN WHEN PEOPLE ASKED YOU ABOUT YOUR EDUCATION THEN YOU SAID THAT YOU'RE A F6 STUDENT, YOU'LL BE IMMEDIATELY DISMISSED FROM THE CONVERSATION LIKE WTF MAN, F6 STUDENTS ARE THE MOST DEDICATED STUDENTS (I'M NOT BOASTING MYSELF OKAY), WE MANAGED TO FINISH OUR PROJECTS ON TIME IN A VERY SHORT DURATION AND STILL WE HAVE TO STUDY REALLY REALLY HARD TO UNDERSTAND EVERY SYLLABUS IN OUR SUBJECTS, AND THE SYLLABUS ARE LIKE THE COMBINATION OF THE SYLLABUS FROM F4 AND F5. MY F6 JOURNEY IS A STRESSFUL JOURNEY TO BE HONEST, BUT WITH THE BITTER THERE'S ALSO THE SWEETNESS THROUGHOUT THE WHOLE JOURNEY, AND I'VE NEVER EVER REGRETTED IT.
    THIS IS A VERY HONEST REVIEW BY AN EX-F6 STUDENT.
    F6 ROCKS!!

  2. For me, go for diploma. you boleh terus berada dlm bidang yang you minat, and after diploma futher your study in same field. if tak nak sambung, kerja dulu dalam bidang tersebut to gain experience. masa diploma ni nak explore macam2 benda. Get involve with uni activities. and of course dekat uni, you guys boleh dapatkan guide dr senior. mereka semua willing to help. trust me. lecturer semua pun akan tolong cuma kena rajin jumpa je. walaupun you ambil diploma 3 tahun,degree probably around 2 1/5 years. and boleh transfer credit hour. so lagi cut duration belajar degree nanti. same goes to stpm. lebih kurang je bila kira balik tahun pengajian tu. I would highly recommend to choose diploma. even if result you not so good and tak dapat for 1st intake, you can apply for 2nd intake which is in Nov(uitm diploma). Inshaa Allah .. dapat .

    Avoid masuk swasta, you know berapa mahal yurannya kan?

    And perform your istikarah kalau you still dilema. Allah akan bantu. hehe.

    Goodluck guys.

  3. Both okay and nothing to compared.Dua dua menuntut ilmu,boleh belajar and boleh dapat kerja cuma depends on effort kita.Stpm or diploma,both boleh gain experience lebih2 lagi dip ,u can berdikari no one will remind u to do your own assignment,(u have to remind urself) if not,then zero for yr marks.it’s up to u if u want to success then go for it.Neither stpm,u don’t have to paid more for the fees and books,all u should do is study hard bcs I think stpm exam is quite hard ( I don’t know since i’m dip student,and I pinjam ptptn too at least I don’t used my parent’s money for my own studies even I have to work hard to pay it later)

    *I don’t understand about diploma : boleh menunjuk nunjuk Lol whts the meaning ?

  4. kalo miskin baik pilih f6 ker?? kalo x biasa study rushing, i mean like bukan jenis yang cepat tangkap and bukan jenis yang 24/7 study, mcm mne? sy study takdelah hard sgt tapi takdelah malas , kira biasa2 je la.. boleh ke survive stpm.. susah ke??

    • Hai joe. Stpm ni boleh dkatakan agak susah juga . Tapi jika awak pandai tackle soalan , awak boleh dpt cmerlang. Selain itu form6 ni gak ada kerja kursus yang boleh naikkan result awak. Even awak gagal , awak boleh repeat paper . Harga stu paper ialah rm50. Dan stpm ni sangat memerlukan ksabaran yang tinggi sebab kita kekadang tiada masa utk study . Kalau diploma awak agak rilex sdikit tetapi kos pula yang mahal. Kalau awak pndai bhagi masa . Awak boleh berjaya .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here