Terokai Kemahiran IT di MSU College

269
views

Ilmu IT MSU College. Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, penanda aras kemajuan sesebuah negara turut dilihat menerusi pencapaian dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Keperluan terhadap bidang IT bagi memastikan sesuatu urusan dapat dilakukan dengan lebih efisien dan sistematik. Ini dapat dilihat melalui perkembangan pesat dalam pelbagai sektor, termasuk telekomunikasi, pendidikan, perniagaan, pengurusan dan sebagainya.

Malaysia sebagai negara yang sedang menuju status negara maju menjelang 2020, turut menititikberatkan bidang ini bagi memastikan tenaga kerja dan keupayaan yang dimiliki setanding negara maju lain.

Menyedari akan potensi besar dalam bidang ini, MSU College menerusi School of Science & Technology (SST) tidak ketinggalan menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat bagi melahirkan graduan kompeten dan berkelayakan yang akan membantu menggerakkan industri ini.

Melalui program ini, pelajar akan dilengkapi dengan pengetahuan asas terkini dan kemahiran dalam bidang IT khususnya pengaturcaraan komputer, pembangunan perisian dan aplikasi, sistem dan perkakasan komputer, multimedia, teknologi internet dan rangkaian.

Peluang kerjaya

Program ini merangkumi modul pembelajaran sistem pengaturcaraan C++, Java dan ‘Visual Basic’. Pelajar turut berpeluang mempelajari cara membaiki komputer dari segi pemasangan, membuat format, menyediakan peranti dan sebagainya. Pelajar juga berpeluang membangunkan laman web, membina rangkaian LAN, WAN dan MAN.

Syarat kemasukan yang ditetapkan lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) dengan memperoleh tiga kredit dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil MSU College dalam bidang berkaitan atau sijil dari politeknik, universiti awam (UA) atau swasta.

Graduan MSU College berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat bacelor dengan membuat pindahan kredit menerusi Faculty of Information Sciences & Engineering (FISE), Management & Science University (MSU).

Peluang kerjaya terbuka luas, termasuk sebagai pe­­ngaturcara komputer, pem­­bangun aplikasi, pegawai teknologi maklumat, juruteknik komputer, jurutera komputer dan pakar rangkaian komputer.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter