Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2017

9646
views

Dengan ini dimaklumkan bahawa tema Hari Kebangsaan pada tahun 2017 ialah
NEGARAKU SEHATI SEJIWA. Penetapan Negaraku Sehati Sejiwa sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 adalah bagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.

Tema Hari Kebangsaan 2017

NEGARAKU SEHATI SEJIWA

Tema ini berlandaskan perpaduan dan kesepakatan akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan integriti nasional dalam kalangan masyarakat dan kaum di Malaysia.

Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia betapa sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang.

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2017

Malaysia Sehati Sejiwa telah dipilih sekali lagi sebagai lagu rasmi untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2017. Lagu Sehati Sejiwa juga merupakan lagu tema sambutan pada tahun 2015 dan 2016.

Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos manakala sambutan Hari Malaysia 2017 pula akan diadakan pada 16 September ini di Kota Kinabalu, Sabah.