Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2017

1036
views
Iklan Infopelajar2u

Tawaran Pinjaman Pelajaran 2017 (Tambahan). Bagi pemegang pinjaman pelajaran yayasan selangor sedia ada menyambung pengajian dari peringkat diploma ke ijazah bagi sesi pengajian 2017

Tawaran Pinjaman Pelajaran 2017

Yayasan Selangor membuka tawaran kepada pelajar-pelajar peminjam Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor sedia ada yang tamat pengajian di peringkat Diploma ke Ijazah layak memohon Pinjaman Pelajaran Tambahan Yayasan Selangor bagi sesi Januari 2017 dengan syarat dan kaedah seperti berikut:

Kelayakan pemohon :

  1. Pemohon merupakan peminjam Pinjaman Pelajaran sedia ada Yayasan Selangor di peringkat Diploma.
  2. Pemohon mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat Ijazah di IPTA / IPTS tempatan sahaja.
  3. Tempat terhad, keutamaan kepada pemohon yang mencapai kelulusan akademik yang baik (CGPA 3.0 ke atas).

Cara memohon :

  1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Tambahan Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh diperolehi di Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor.
  2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dilampirkan dengan salinan dokumen yang diperlukan dan hendaklah di hantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor.
  3. Tempat terhad dan keutamaan diberikan pada pemohon yang menghantar borang permohonan lebih awal (first come first serve).

Tarikh tawaran :

Tawaran Pinjaman Pelajaran (Tambahan) ini dibuka mulai 9 Januari 2017.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang hendaklah di alamatkan seperti berikut:

Pengurus Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-7955 1212 samb. 153/188/162
Faks: 03-7954 1862

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa dan prosedur permohonan sila layari laman web Yayasan Selangor di sini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter