Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun dan Taipei

1557
views
Iklan Infopelajar2u

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kedutaan Jepun di Malaysia, di sini, baru-baru ini, permohonan bagi tajaan biasiswa kini dibuka dan rakyat Malaysia berkelayakan yang ingin melanjutkan pengajian mereka di negara Matahari Terbit itu dipelawa untuk memohon.

Tempoh pemberian biasiswa, membabitkan elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen (RM4,500) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda dan 143,000 yen (RM5,500) untuk penerima bisasiwa Ijazah Lanjutan.

Bagaimanapun, jumlah biasiswa adalah tertakluk kepada perubahan.

Pusat Informasi

Menurut kenyataan itu lagi, yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti dikecualikan, manakala tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Borang permohonan dan garis panduan boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau di cetak dari laman web kedutaan Jepun www.my.emb-japan.go.jp.

Perkhidmatan kaunseling pe­ngajian tinggi di Jepun turut disediakan di bahagian Pusat Informasi Jepun (tingkat atas Kedutaan Jepun) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari kecuali cuti umum.

Bagi kakitangan kerajaan Malaysia yang ingin memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tarikh Tutup Permohonan

Sementara itu, Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Taipei di Malaysia, dalam suatu kenyataan media di sini, memaklumkan bahawa pihaknya kini menawarkan Biasiswa Taiwan dan Biasiswa Huayu Enrichment (HES) bagi sesi 2017

Permohonan biasiswa itu dibuka sekarang sehingga 31 Mac ini bagi pelajar Malaysia yang berminat menyambung pengajian di negara itu.

Menurut kenyataan itu, program Biasiswa Taiwan disediakan oleh Kementerian Pendidikan Republik China (Taiwan) bagi pelajar Malaysia yang cemerlang untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda dan pasca siswazah di Taiwan.

Tawaran Biasiswa HES pula adalah untuk pelajar Malaysia yang ingin mempelajari Bahasa Mandarin bagi membolehkan mereka belajar di mana-mana Pusat Bahasa Mandarin sama ada dikendalikan oleh universiti atau kolej di Taiwan untuk tempoh yang ditetapkan.

Bagi maklumat lanjut dan borang permohonan, pelajar yang berminat boleh melayari laman sesawang www.taiwanembassy.org.

Sumber : Berita Harian

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter