Tarikh Rasmi Dan Jadual Peperiksaan SPM Ulangan 2018

276
views

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) memberi peluang kepada calon SPM bagi memperbaiki keputusan peperiksaan mereka. Calon yang mendapat keputusan tidak baik ataupun gagal dalam subjek-subjek tertentu boleh menduduki semula peperiksaan bagi subjek tersebut dalam SPM Ulangan.

Untuk pengetahuan anda juga, SPM Ulangan diadakan sebanyak 2 kali setahun. Sesi pertama SPM Ulangan diadakan pada bulan Jun dan sesi kedua pula akan diadakan pada bulan November.

Tarikh Peperiksaan SPM Ulangan

Hebahan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, peperiksaan SPM ulangan bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik akan bermula pada 25 hingga 27 Jun 2018.

Manakala bagi subjek lain, peperiksaan ulangan akan dilaksanakan pada tarikh dan masa yang sama dengan pelajar SPM tahun ini iaitu pada bulan November setiap tahun.

Bagi anda yang tidak pernah mengambil SPM sebelum ini dan tidak memiliki sebarang kelayakan tidak kiralah PMR/PT3, UPSR, anda layak untuk memohon menduduki SPM pada bulan November sebagai calon persendirian. Permohonan wajib dibuat dalam tempoh yang sama iaitu sepanjang bulan Mac setiap tahun.

Jadual Peperiksaan SPM Ulangan 2018

Peperiksaan SPM Ulangan ini akan diadakan sebanyak dua sesi. Anda bebas untuk memilih sama ada menduduki SPM Ulangan pada sesi pertama ataupun sesi kedua.

Sesi Pertama : 25 Jun 2018 – 27 Jun 2018
Sesi Kedua    : 13 November 2018 – 13 Disember 2018

Semoga perkongsian jadual waktu peperiksaan ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan SPM Ulangan ini. Kami mengucapkan selamat berjaya buat anda dalam peperiksaan SPM Ulangan 2018.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter