Tarikh Permohonan Kemasukan ke Matrikulasi Dilanjutkan

324
views
Iklan Infopelajar2u

Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun sesi pengambilan 2017 / 2018 telah dibuka bermula pada 1 Julai 2016, jam 12 tengah hari dan ditutup pada 30 November 2016.

Walaubagaimanapun, tarikh tutup berkenaan telah dilanjutkan sehingga 24 Disember 2016 untuk memberi peluang kepada mereka yang belum sempat untuk membuat permohonan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi / Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ).

Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Mulai sesi 2011/2012, 100% permohonan menggunakan PMI.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam.

Walaubagaimanapun mulai sesi 2003/2004, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk membolehkan 10% pelajar bukan bumiputera untuk mengikuti program pengajian ini.

Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan kemasukan ke matrikulasi ini boleh dibuat secara atas talian melalui Aplikasi Permohonan melalui Internet (PMI) bagi kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi bagi tahun pengambilan sesi 2017 /2018.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter