Tarikh Penting Kemasukan IPG 2017 Online

1386
views
Iklan Infopelajar2u

Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan tahun 2017 di Institut Pendidikan Guru (IPG), anda boleh membuat semakan panggilan temuduga selepas tamatnya Ujian kelayakan Calon Guru atau UKCG diadakan.

Sebelum mendapat tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG), calon perlu melalui beberapa tapisan peringkat pemilihan di antaranya seperti Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Temu Duga.

Tarikh Keputusan IPG 2017 Calon Lulusan SPM

Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tarikh Penting Kemasukan IPG 2017

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting sebelum dan selepas panggilan Temuduga diadakan :

Tarikh Permohonan Ditutup

  • 30 Mac 2017 (11.59 malam) : Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

  • 4 hingga 21 April 2017 : Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 9 April hingga 21 April 2017 : Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Temuduga IPG 201

  • 9 Mei hingga 22 Mei 2017 : Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 21 Mei hingga 26 Mei 2017 : Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)

Semakan Tawaran Calon Berjaya

  • 23 Jun hingga 10 Julai 2017 : Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2017. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.

Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru (IPG)

  • 10 Julai 2017 : (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPG yang ditetapkan selepas Pendaftaran.

Berikut adalah peringkat-peringkat semakan sehingga keputusan tawaran bagi mengetahui sama ada permohonan ke IPG Ambilan 2017 yang telah dikemukakan itu berjaya atau tidak.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter