Tarikh Pendaftaran Universiti Awam Sesi 2020/2021 Ditunda

477
views
Iklan Infopelajar2u

Berdasarkan sidang media Kementerian Pendidikan, tarikh kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi Asasi, Diploma, Matrikulasi dan IPG adalah ditangguhkan pada bulan Julai atau Ogos 2021, manakala bagi Ijazah (Degree) adalah pada bulan September atau Oktober 2021.

Hal ini disebabkan peperiksaan SPM dan SVM tahun ini (tahun 2020) telah ditangguhkan sehingga suku pertama tahun 2021, peperiksaan STPM semester ke-2 akan ditunda pada bulan ogos 2020, peperiksaan semester ke-3 dan STAM akan diadakan pada suku pertama 2021.

Tarikh Kemasukan ke IPT Ditunda

Kepada yang berjaya ditawarkan ke universiti awam, anda dinasihatkan menyemak tarikh pendaftaran di surat tawaran masuk universiti masing-masing.

Nota : Penangguhan ini hanya melibatkan calon SPM, SVM, STPM, STAM yang mengambil peperiksaan pada tahun ini sahaja.

Bagi pelajar yang memohon ke IPT pada tahun ini, sebarang perubahan tarikh kemasukan IPT pada tahun ini tertakluk kepada IPT masing-masing dan akan dimaklumkan berdasarkan faktor semasa.

Sidang Media Khas KPM

Baca : Panduan Permohonan UPU Online 2020 Serta Tarikh Penting

Semoga Panduan ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian anda yang disebutkan di atas.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here