Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada Fasa 1 (April 2020) dan Fasa 2 (Mei 2020). Pembayaran Fasa Pertama BPN akan dibuat secara berperingkat bermula hari 6 April 2020 (sila lihat perincian dalam jadual di bawah).
Jika anda layak, tetapi tidak menerima sebarang SMS pemakluman bahawa anda lulus dari LHDNM, sila buat Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk mengetahui status BPN anda. Pastikan anda mempunyai No. Baucar dan membawa kad pengenalan.
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional
Jadual di bawah menyatakan tarikh dan cara agihan bantuan Fasa 1 dan Fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional BPN.
B40 | M40 | |||
---|---|---|---|---|
Kategori & Pendapatan Bulanan | Isi Rumah RM4,000 ke bawah | Bujang RM2,000 ke bawah | Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 | Bujang RM2,001 hingga RM4,000 |
Jumlah Bantuan BPN | RM1,600 | RM800 | RM1,000 | RM500 |
Fasa Pembayaran | April: RM1000 Mei: RM600 | April: RM500 Mei: RM300 | April: RM500 Mei: RM500 | April: RM250 Mei: RM250 |
Tempoh Pembayaran Fasa 1 | 6 hingga 12 April 2020 | 13 hingga 15 April 2020 | ||
Tempoh Pembayaran Fasa 2 | Mulai 4 Mei 2020 | Mulai 4 Mei 2020 | ||
Kaedah Pembayaran | Secara terus ke akaun bank yang berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup (BSH) | Secara terus ke akaun bank yang berdaftar di bawah data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) |
Nota : Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:
Kementerian Kewangan
- Telefon: 03-88829089, 03-88829087, 03-88829191, 03-88824565 dan 03-88824566 dari jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat)
- E-mel : [email protected] atau [email protected]
- Telegram : PRE PRIHATIN
- Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia
LHDNM
- Telefon: 1-800882747, 03-89111000 dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat)
Cara Permohonan
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu, dan sama-sama kita putuskan rangkaian virus Covid-19 ini dengan tinggal sahaja di rumah.