Merujuk kepada laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, tarikh rasmi keputusan UPSR bagi tahun 2017 akan diumumkan pada 23 November 2017.
Calon boleh datang ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan transkrip keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2017 bermula pada pukul 10.00 pagi atau membuat semakan secara online atau sms.
Tarikh Keputusan UPSR 2017
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan dengan tarikh rasmi keputusan UPSR 2017 diumumkan keluar.
Tarikh rasmi pengumuman keputusan : 23 November 2017 (Khamis )
Nota : Tarikh rasmi adalah seperti yang dinyatakan
Slip Keputusan Penuh UPSR 2017
Murid boleh mendapatkan slip keputusan penuh melalui sekolah masing-masing (calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan / calon sekolah swasta) bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
Calon-calon sekolah perlu hadir pada waktu yang ditetapkan dengan berpakaian sekolah.
Semakan Keputusan UPSR 2017 Secara SMS
Semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut :
Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: UPSR KC001A040 sms ke 15888
Nota : Semakan secara SMS boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi.
Info Berkaitan : Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter