Untuk makluman, keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 telah diumumkan secara rasmi pada hari Selasa 17 November 2016.
Tahun ini, seramai 452,721 calon menduduki UPSR di seluruh negara yang bermula dari 1 September sehingga 8 September lalu.
Daripada jumlah itu, seramai 443,677 calon membabitkan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,044 calon lagi daripada sekolah swasta.
Semakan Keputusan UPSR 2016 Online Dan SMS
Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan UPSR melalui beberapa kaedah. Calon-calon perlu hadir kesekolah untuk mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan UPSR mereka. Slip keputusan boleh diambil bermula dari pukul 10 pagipada hari keputusan UPSR 2016 diumumkan. Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS.
Contoh Semakan Melalui SMS
- Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
Semakan Online
Sistem semakan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan.
- Klik SPPAT
- Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada ruangan yang disediakan