Tarikh Keputusan UPSR 2019 dan Cara Semakan Online atau SMS

4055
views

Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan UPSR 2019 diumumkan? Berdasarkan rekod tarikh tahun-tahun yang lepas, keputusan UPSR 2019 dijangka diumumkan pada satu tarikh pada bulan November 2019.

Berikut adalah ruangan kemaskini maklumat terkini berkaitan dengan tarikh rasmi keputusan UPSR diumumkan keluar dan semakan serta cara untuk mendapatkan keputusan masing-masing.

Cara Semak Keputusan UPSR 2019

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan UPSR melalui beberapa kaedah semakan.

Calon-calon perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) mereka. Slip keputusan boleh diambil bermula dari pukul 10 pagi pada hari keputusan UPSR diumumkan. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

Tarikh Keputusan UPSR : Khamis , 21 November 2019

Semakan Keputusan UPSR Melalui Online

Sistem semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan.

Semakan Keputusan UPSR Melalui SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS 15888.

  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR ini akan diaktifkan bermula dari tarikh keputusan UPSR diumumkan iaitu dari 10.00 pagi, 21 November 2019 sehingga 6.00 petang, 27 November 2019.

Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan UPSR

Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan UPSR yang diperoleh boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan. Caj / kadar bayaran yang dikenakan untuk permohonan penyemakan semula keputusan UPSR adalah sebanyak RM50.00 bagi satu kertas peperiksaan

Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Borang boleh didapati di sekolah, JPN dan LP atau dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan

Tarikh tutup permohonan penyemakan semula keputusan adalah 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR.

Buat pelajar Darjah 6 tahun 2019, selamat membuat Semakan Keputusan UPSR secara Online Dan SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Baca : Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter