Tarikh Keputusan SPM 2019 Diumumkan

40905
views

Keputusan SPM 2019. Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 dijangka boleh mendapatkan keputusan SPM masing-masing pada 5 Mac 2020, 10.00pagi.

Berdasarkan tarikh pengumuman keputusan SPM bagi tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Mac untuk mengumumkan keputusan.

TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN SPM SECARA ONLINE DAN SMS

Pemilihan tarikh dalam bulan Mac bagi mengumumkan keputusan SPM tersebut, membolehkan calon mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian Pra Universiti, Asasi dan Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara.

Maklumat Semakan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan (Result) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 diumumkan pada 5 Mac 2020, 10.00pagi

*Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi.

Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan SPM Secara Online

Melalui Semakan Online

Sistem aplikasi semakan Keputusan SPM 2018 Secara Online sila klik pautan dibawah.

Sistem semakan online bagi keputusan SPM hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan

Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia

Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

Melalui Semakan SMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut

Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh :

SPM 991403025778 KC007B067 hantar ke 15888

Cara Mendapatkan Slip Keputusan Penuh SPM

Calon Sekolah

Bagi calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi.

Calon Persendirian

Bagi calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu

Pautan Info Berkaitan

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter