Tarikh Keputusan Dan Cara Semakan Peperiksaan UPKK 2016

1646
views
Iklan Infopelajar2u

Kepada murid-murid tahun lima (5) yang terlibat dengan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2016 yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh mendapatkan keputusan UPKK 2016 masing-masing pada tarikh 15 Februari 2017

Bermula pada tahun 2017, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui dengan lebih cepat dan pantas keputusan UPKK iaitu dengan membuat semakan keputusan UPKK secara online dan SMS.

Calon dinasihatkan untuk merujuk kepada FB Bahagian Kemajuan Islam (BKI) JAKIM untuk pengumuman penting peperiksaan.

Tarikh Keputusan Dan Semakan Keputusan UPKK 2016

Berikut merupakan butiran-butiran berhubung dengan semakan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2016 secara Online mahupun SMS.

Tarikh Rasmi Pengumuman Dan Keputusan UPKK 2016

Dibuka : 15 Februari 2017 Bermula jam 11:00 pagi

Ditutup : 21 Februari 2017 Jam 11:00 pagi

*Tarikh semakan buka / tutup adalah rasmi. Sila buat semakan mengikut ketetapan tempoh tarikh yang dinyatakan.

Cara Semakan Keputusan UPKK 2016

Semakan Online

Untuk membuat semakan online ada boleh terus ke pautan yang disediakan dibawah.

Sistem aplikasi semakan keputusan UPKK akan diaktifkan bermula tarikh rasmi pengumuman keputusan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman Sistem Aplikasi semakan tersebut

Semakan SMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut

Taip : UPKK (jarak) RESULT (jarak) No MYKID dan hantar ke 15888

Taip : UPKK (jarak) RESULT (jarak) No Sijil Lahir dan hantar ke 15888

Bagi murid-murid dan ibu-bapa yang memohon untuk mendapatkan keputusan penuh UPKK 2016. Ia boleh di ambil di setiap Agensi Pelaksana KAFA Negeri masing-masing tertakluk kepada keputusan peringkat negeri.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter