Tak Perlukan Ijazah Pun Aku Boleh Berjaya?

384
views

Terdapat kenyataan yang berbunyi, ‘Buat apa belajar tinggi-tinggi, tengok Mark Zuckerberg tu hidup kaya-raya je’. Barangkali, kenyataan ini muncul akibat pemerhatian dan penelitian berdasarkan mata kasar akan insan-insan jutawan seperti Richard Branson, Bill Gates and Steve Jobs.

Kesemua mereka tidak menghabiskan pengajian yang sedang ditekuni dan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.

Namun, tanpa kita sedar bahawa wujudnya pemikiran yang menganggap bidang pendidikan ialah sesuatu yang tidak penting untuk diutamakan.

Adakah kenyataan ini benar?

#1 – Pelajar Tercicir yang Berjaya

Bill Gates dan Mark Zuckerberg merupakan contoh pelajar tercicir yang berjaya. Namun, ‘tercicirnya’ mereka bukan dari universiti yang biasa malah dari Universiti Harvard, universiti yang terletak pada tiga tangga teratas di dunia.

Kedua-dua tokoh ini telah menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam bidang ‘programming’ pada usia yang sangat muda. Tambahan, mereka membuat keputusan untuk memberhentikan pengajian mereka disebabkan mereka sudah jelas mengenai projek yang sedang dilaksanakan.

Bagi Steve Jobs dan Richard Branson pula dikategorikan dalam jenis tercicir yang lain. Hal ini bermaksud mereka pernah memasuki kolej pengajian  dan hanya memberi fokus kepada subjek yang diminati sahaja. Bagi subjek yang lain, istilah lulus itu jarang sekali berlaku.

Steve Jobs tidak berkesempatan menghabiskan ijazahnya di Reed’s College dan sangat  aktif mengikuti projek-projek berkaitan elektronik, kejuruteraan, seni dan sastera.

Richard Branson pula tidak langsung berpeluang pergi ke mana-mana kolej pengajian. Beliau rancak memulakan perniagaan majalah dengan baik semasa alam persekolahan lagi. Majalah sekolah itu dikenali sebagai Student.

#2 – Jangan Mudah Percaya Sesuatu Penyataan

Mudah untuk menganggap memiliki segulung ijazah adalah perbuatan yang sia-sia. Hal ini hanya terjadi bagi individu yang tidak memiliki motivasi dan tidak mempunyai matlamat dalam hidup.

Namun harus diakui bahawa usahawan-usahawan yang berjaya memilki kemahiran, bakat dan memiliki jaringan yang kuat untuk mengembangkan impian menjadi usahawan yang berjaya.

Diakui bahawa sesetengah kemahiran dapat dipelajari melalui pengalaman berbanding memilikinya di dalam kelas. Namun, kemahiran yang tinggi seperti kewangan, pemasaran, komunikasi dan sains komputer juga begitu penting untuk dipelajari untuk menjamin masa depan seseorang.

#3 – Fikir Masak-Masak

Sebelum membuat keputusan untuk berhenti belajar, jawab dahulu akan soalan-soalan berikut:

  • Adakah anda jelas dengan kemahuan dan kebencian anda?
  • Adakah anda memiliki sebarang pengetahuan terhadap sesuatu kerjaya?
  • Adakaha anda sudah memiliki individu yang mampu untuk anda bekerjasama seperti Mentor, rakan kongsi atau pakar industri?

Sekiranya jawapannya ‘TIDAK’, anda harus memikirkannya semula.

Saya percaya bahawa apa yang cuba disampaikan oleh kesemua mereka ini ialah ijazah bukanlah satu jaminan atau faktor yang paling utama untuk berjaya. Untuk berjaya memerlukan keazaman, langkah berhati-hati dan pembelajaran secara berterusan. namun tidak dinafikan bahawa pendidikan harus bergerak seiring.

Individu yang tidak meletakkan sebarang usaha untuk sesuatu yang diingini, anda akan terus mewujudkan sifat malas dalam diri sendiri berbanding menjadi inspirasi kepada yang lain.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter