Tajaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi 2017 / 2018

2474
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong adalah salah satu biasiswa kerajaan Malaysia yang paling berprestij

Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara.

Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Biasiswa YDPA Sesi 2017 / 2018

Permohonan boleh dlbuat melalui borang permohonan secara dalam talian (online) melalui portal www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 8 Februari 2017 (Rabu).

Bidang Pengajian:

  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Kewangan Islam

Syarat-syarat Kelayakan

Kriteria utama:

  1. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
  2. Prestasi semasa temuduga.

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  6. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang soalan mengenai biasiswa ini anda boleh hubungi nombor pegawai yang bertugas atau terus ke pautan ini : www.jpa.gov.my atau Portal eSILA

Puan Nurul Yasmin binti Abdullah
03-88853433
yasmin.abdullah@jpa.gov.my

En. Muhammad Rohaizad bin Razali
03-88853569
rohaizad.razali@jpa.gov.my

Puan Khaliza binti Khalid
03-88853410
khaliza.khalid@jpa.gov.my

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter