Tabung Latihan Kemahiran Johor 2017

64
views

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Menyediakan Bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) 2017 Kepada Calon Yang Berkelayakan.

Syarat Permohonan TLKJ 2017

  1. Bermaustautin dinegeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
  2. Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja
  3. Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off)
  4. Jenis Pensijilan:
    a)Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran
    b)Malaysia (DLKM)
    c)Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
  5. Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut :
    a)Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
    b)Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
    c)Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama (cth : sokongan majikan)
  6. Bidang latihan yang ditaja adalah bidang yang menjadi tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti berikut :
    a)Hospitaliti dan Pelancongan
    b)Minyak & Gas
    c)Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Kad Pengenalan ibu dan bapa
  3. Surat tawaran belajar dari pihak institusi/pusat latihan
  4. Surat pengesahan tajaan pinjaman (selain dari tajaan PTPK/YPJ)

Tarikh Tutup

30 April 2017

Cara Memohon

  1. Sila layari laman web YPJ di www.ypj.gov.my
  2. Klik link yang diberikan https://form.jotform.me/70582017239455
  3. Isi permohonan secara online dan cetak permohonan tersebut
  4. Lengkapkan dokumen yang diperlukan
  5. Hantar ke pejabat YPJ di alamat seperti berikut :

Bangunan YPJ, 15, Jalan Nuri
Kampung Dato Onn Jaafar
80990 Johor Bahru, Johor
Malaysia

Soalan-soalan Lazim

1. APA ITU TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR?
Sumbangan/geran Kerajaan Negeri Johor melalui YPJ dalam membantu anak-anak Johor yang mengikuti latihan kemahiran di semua Instutusi Latihan di dalam Negeri Johor sahaja

2. BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN?
Sebanyak RM 2,000 seorang

3. APAKAH KELAYAKAN/SYARAT YANG DIPERLUKAN?
Sila rujuk syarat permohonan di laman web rasmi YPJ www.ypj.gov.my

4. ADAKAH SAYA PERLU MEMBAYAR BALIK BANTUAN YANG DIBERIKAN INI?
Tidak, ini adalah bantuan berbentuk “One-Off”

5. ADAKAH SAYA AKAN MENERIMA BANTUAN INI DALAM BENTUK TUNAI?
Tidak, pihak ypj akan mengenal pasti penaja pinjaman pelajar dan seterusnya bantuan ini akan disalurkan terus ke akaun penaja pinjaman atas nama pelajar sebagai “Bayaran Balik”. Dengan tagging (Geran Tabung Latihan Kemahiran Johor)

6. ADAKAH INI AKAN MENGURANGKAN JUMLAH HUTANG PINJAMAN SAYA?
Ya, berikut merupakan contoh :

Pelajar : Ahmad Bin Abu
Penaja Pinjaman : PTPK
Hutang Pinjaman Keseluruhan yang diberikan oleh penaja: RM 10,000
Geran Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000
Jumlah “BAYARAN BALIK” ke PTPK : RM 8,000

7. SAYA MASIH BELAJAR/MENGIKUTI LATIHAN BOLEHKAH SAYA MEMOHON?
Ya anda layak memohon

8. KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN/SIJIL SAYA KURANG DARI 6 BULAN, ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON
Ya, anda layak memohon

9. SAYA TIADA/BELUM MEMPUNYAI SEBARANG TAJAAN PINJAMAN DARI MANA-MANA PIHAK, TETAPI SAYA MENGGUNAKAN WANG KWSP/PINJAMAN BANK (PERSONAL LOAN)/DUIT SIMPANAN SENDIRI/TANGGUNGAN & PINJAMAN DARI MAJIKAN ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON?
Tidak, anda tidak layak memohon. Syarat utama untuk memohon TLKJ anda mestilah telah mempunyai badan penaja seperti PTPK dan sebagainya. Penajaan sepertimana yang di nyatakan di atas adalah tidak layak

10. SAYA TELAH TAMAT KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN PADA TAHUN 2015/ ATAU TAHUN SEBELUM-SEBELUMNYA, BOLEHKAH SAYA MEMOHON?
Tidak, hanya pemohon yang sedang mengikuti latihan kemahiran / telah tamat tetapi tahun tamat latihan adalah pada tahun 2016 sahaja.

11. BAGAIMANA SAYA NAK TAHU PERMOHONAN SAYA TELAH DILULUSKAN
Hanya senarai nama pelajar yang berjaya akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman web rasmi YPj di www.ypj.gov.my. Sekiranya nama anda tidak tersenarai lebih dari tiga (3) bulan tarikh anda memohon, maka permohonan anda dianggap tidak berjaya. YPJ juga akan mengeluarkan surat pemberitahuan kelulusan kepda pusat latihan yang berkaitan

12. BERAPA LAMA TEMPOH MEMPROSES PERMOHONAN SAYA SEHINGGA KELULUSAN DIBERIKAN
Borang dan dokumen yang LENGKAP akan diproses dalam tempoh 1.5 bulan

13. SAYA TELAH TAMAT BELAJAR DAN TELAH MENYELESAIKAN KESELURUHAN PINJAMAN SAYA DENGAN BADAN PENAJA. TETAPI SAYA MEMPUNYAI HUTANG DENGAN PIHAK KOLEJ/ PUSAT LATIHAN, BOLEHKAN WANG BANTUAN TLKJ INI DI BAYAR KE AKAUN PIHAK PIHAK KOLEJ/ PUSAT LATIHAN ?
Sekiranya bukti hutang dapat dikemukakan dengan jelas dan kukuh, maka permohonan tersebut akan dipertimbangkan, walaubagaimanapun semuanya adalah tertakluk kepda pihak pengurusan YPJ

14. SAYA BARU MEMOHON PINJAMAN PTPK (ATAU BADAN PINJAMAN YANG LAIN) TETAPI BELUM DILULUSKAN, ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MENDAPATKAN GERAN INI?
Tidak, hanya permohonan yang sedang ditaja layak memohon

15. BERAPA KALI SAYA BOLEH GERAN TLKJ INI?
1 surat tawaran bersamaan 1 pemberian TLKJ

Info lanjut klik disini