Syarat Kemasukan Institut Pendidikan Guru (IPG)

10767
views
Iklan Infopelajar2u

Khas untuk lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru sebagai kerjaya masa depan. Apakah syarat kemasukan IPG menjadi guru melalui permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (Maktab Perguruan)? Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) terkini buat rujukan pelajar.

Untuk makluman PISMP dan KPLSPM adalah program yang sama. Permohonan PISMP untuk pelajar lepasan SPM pada kelazimannya akan dibuka sekitar bulan Mac setiap tahun.

Syarat Permohonan Institut Pendidikan Guru Malaysia

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah Program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Untuk sekolah Menengah, pelajar perlu memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam (UA) melalui permohonan UPU 2018 online.

Pemohon adalah dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat Dan Kelayakan Asas Permohonan

  • Warganegara Malaysia Umur tidak melebihi 20 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred markah peperiksaan cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti berikut :
  1. i. Bahasa Melayu; dan
  2. ii. Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Kriteria Yang Tidak Layak Memohon IPG

Berikut adalah senarai calon-calon yang tidak layak untuk memohon kemasukan ke IPG.

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Mereka yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Nota : Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM. Calon yang memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi alamat seperti berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan IPG:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6693/ 6689/ 6627/ 6720/ 6733/ 6730/ 6731/ 6758/ 6760/ 6768/ 6769

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan IPG Terkini boleh dijadikan panduan buat para pemohon PISMP. Moga anda melepasi syarat kelayakan dan seterusnya berjaya dalam permohonan kemasukan ke IPGM nanti.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter