Syarat Keputusan MUET Ke IPTA

36877
views
Iklan Infopelajar2u

Menurut FB Rasmi UPU, keputusan MUET adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh calon yang memohon kemasukan ke IPTA peringkat IJAZAH bukan untuk kemasukan ke program DIPLOMA dan ASASI IPTA.

  • Untuk kemudahan pelajar dan pemohon, sila semak syarat kemasukan terkini dan program pengajian anda di IPTA di Sistem e-MAS. Adalah diingatkan yang memang perlu ada MUET untuk layak memohon di mana Syarat Am adalah MUET band 1 tetapi Syarat Khas permohonan adalah bergantung kepada program apa yang dipohon. Ada kursus yang memerlukan MUET Band 2 dan sebagainya.

Syarat MUET untuk masuk ke Universiti adalah dengan lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah:

muet-ijazah

Syarat Masuk IPTA

  • a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 2
  • b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM – Band 3
  • c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 4

Syarat Pengijazahan

  • a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 3
  • b) Pengajian STEM – Band 4
  • c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 5

Institusi pengajian tinggi swasta juga digalakkan melaksanakan langkah yang sama kerana pada masa kini syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1.

MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat. Kini segalanya telah berubah dan ditambah baik.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter