Stesen LRT UiTM Shah Alam Bakal Disiapkan Menjelang 2020

653
views

Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal mencipta sejarah sebagai institusi pengajian tinggi awam pertama di Malaysia yang bakal memiliki sistem transit alirannya (LRT) sendiri menjelang tahun 2020.

LRT3 sepanjang 37 kilometer ini atau Bandar Utama-Klang Line LRT (nama sementara) ialah transit aliran ringan yang dijadualkan untuk menjadi sistem LRT ketiga di Lembah Klang. Laluan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Rail Sdn Bhd.

Ianya telah diumumkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada 24 April 2013. Laluan ini kini dirujuk sebagai Lembah Klang LRT Line 3 atau LRT3 oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) ini akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada lebih 2.3 juta pengguna. Di bawah perancangannya, Stesen LRT UiTM Shah Alam yang akan menjadi kampus pertama yang menyediakan pekhidmatan LRT di Malaysia dan bakal menyediakan sistem yang pengangkutan awam yang lebih cekap dan efisien buat seluruh warga UiTM Shah Alam dan penduduk setempat.

Stesen ini berfungsi sebagai salah satu stesen di LRT3 Bandar Line Utama-Klang dan bakal terletak di antara Petronas dan Shell stesen minyak berhampiran Lebuhraya Persekutuan.

Ia adalah sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, efisien, bersepadu dan mapan bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ia bertujuan untuk menghubungkan Bandar Utama ke Klang dengan jarak keseluruhan 36km dan merangkumi 25 buah stesen.

Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun 2016 setelah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan dijangka siap menjelang tahun 2020.