SPM Gred 3 Bukan Penamat Masa Depan. Ikuti Kisah Kejayaan Lelaki Ini

Nota Editor : Artikel ini asalnya dikongsikan oleh Mahyudin Musa di laman TheVocket.com

914
views
Iklan Infopelajar2u

1998. Ini adalah tahun penentuan. SPM adalah penentuan untuk aku lanjutkan pelajaran. Bila keluar je borang UPU kat BSN, aku beratur sekali membeli borang tu. Impian nak masuk universiti macam abang sendiri. Target aku memang UM.

Keluar result, GAGAL. SPM pangkat 3 argegat 38. Nyaris nak SAP. Pangkat 3, memang tak dapatlah nak ke UM. Aku tanamkan dulu impian nak sambung belajar dan terus cari kerja.

1999. Awal tahun sampai ke bulan 11. Sepanjang beberapa bulan itu ada juga aku kerja Shell. Merayau sana sini. Malam-malam lumba motor. Masa tu ada motor EX5. Itu paling gempak masa tu.

Masa ni juga aku tak tahu nak jadi apa. Aku ikut kawan-kawan kerja di KL dengan satu company. Company ni bekalkan barang-barang untuk MARA. Ini semua termasuk ITM, Politeknik dll berkaitan MARA. Kerja penat. Angkat katil. Angkat almari. Pasang mesin. Semua penat.

Tapi bila dapat gaji je, hilang penat. Aku nekad jugak nak belajar tinggi supaya tak kena kerja macam ni lagi.

Aku cuba mohon satu kolej di Melaka. Masa tu tengah lapang sikit, buka suratkhabar nampak iklan. Aku kena cuba jugak. Alhamdulillah rezeki aku kat situ setelah selang beberapa minggu lepas hantar permohonan tu.

Mak, ayah, abang, kakak semua hantar aku ke Melaka. Dapat masuk Institut Teknologi Seni Malaysia atau dahulunya Akademi Seni Melaka. Ambil jurusan sastera.

Selang 2 semester, aku tukar kursus drama. Aku suka berlakon. Masa tu jugaklah aku sering berlakon teater. Tempat aku belajar pula kena pindah di Kolej Yayasan Melaka. Dari situ aku faham sikit-sikit mengenai kamera dan studio. Tapi aku suka belajar audio.

Masa belajar di Melaka ni lah aku kenal macam-macam ragam. Melalui teater jugak aku menang macam-macam setiap kali pertandingan. Johan pekan teater. Johan festival teater. Pengarah terbaik. Artistik terbaik. Macam-macamlah. Buat teater sampai kena rasuk. Itu dulu.

2001. Aku habis belajar. Terus dapat tawaran daripada kolej untuk kerja di bahagian Rakan Muda. Projek pertama aku buat Unplugged Band. Terkejut aku. Ramai yang datang termasuklah dari luar.

Mereka cakap ada gig. Tapi Melaka memang terkenal masa tu dengan gig. Dan tahun tu jugak aku dapat telegram dari UM. Tapi tak ada cop. Tak ada tandatangan apa-apa dari UM. Takut jugak kena prank sebab UM tu pilihan ketiga selepas aku habis belajar kolej dan cuba memohon masuk ke universiti.

Tak apa. Nekad ke UM. Sekali betullah memang UM yang tawarkan. Masa tu semua rakan sekelas dah belajar hampir 2 bulan. Aku lewat. Tapi akhirnya aku masuk UM. Universiti yang terbaik di Malaysia.

Di sini aku banyak berkarya. Segala benda aku buat. Segala benda jugak aku pelajari. Teater. Persatuan. Aktiviti kolej.

3 tahun belajar di ITSM/KYM Melaka. 3 tahun belajar di UM. Berbekalkan SPM pangkat 3. Semua orang tak percaya. Tapi aku peduli apa. Nak seribu daya.
Tak nak seribu dalih. Aku buang rasa malu. SPM aku teruk. English F. Perdagangan F.

Pernah juga terfikir takkan mampu aku masuk U. Tapi ada bermacam kaedah untuk merealisasikannya. Ini semua kena usaha. Percaya kepada diri sendiri. Jangan biarkan diri terus jatuh.

Kini 2016. Satu jarak tahun yang lama. 2005 aku habis belajar di UM. Dalam pada itu jugak aku ada buat perkara lain dari apa yang aku telah pelajari. Aku praktikal di Meteowealth Movies Production tahun 2004.

Dari filem Potret Mistik sampailah ke Bujang Senang aku bersama Prof Razak bekerja. Keluar pagi balik awal pagi. Penat kerja filem ni. Bukan senang.

Terfikir kenapa pulak tak cuba belajar bidang lain? Itulah saatnya aku cuba pelajari lebih daripada satu ilmu.

Selepas filem Bujang Senang aku rasa penat. Aku tukar kerja. Kerja kali ni rileks dan santai walau pun gaji aku tak sama macam buat kerja filem.

Aku kerja di GSC. Gaji RM4.50 sejam. Jadi Crew Leader. Dapatlah tambahan RM0.50 jadi 5 Ringgit. Sini memang terbaik sebab aku dapat kenal manusia dari setiap sudut. Rakan sekerja aku ada yang kerja part time dan full time.

Ramai juga pelajar UM buat part time sebab itu adalah GSC Mid Valley, dekat dengan UM. Kat sini paling banyak kisah yang aku akan simpan sampai mati. Kenangan yang tidak boleh dikira dengan nilai wang ringgit.

2008. Aku dapat peluang kerja kat TV3. Jabatan CSD. Aku ditugaskan untuk setup satu gudang untuk barang-barang set dan props. Kebetulan pula aku tau tentang management storage dan juga aku propaman dan juga art director. Kiranya aku ni adalah 2 in 1 lah.

Jadi aku terima saja lah kerja di TV3. Tahun tu jugak aku nak sambung belajar. Ambil master. Tapi sampai 2 sem je. Tak sambung dah sebab masa tak ada. Belajar pulak masa tu full time. Kerja pun full time. Bahaya. Aku nekad berhenti dulu.

2011 sampai sekarang aku kerja di TV Alhijrah. Dari jadi pengarah hinggalah jadi penerbit. Cerita ini aku simpan sehingga bila aku tiada lagi di TV Alhijrah.

Satu perkara penting yang aku nak pesan kepada pembaca, kena pelajari buat semua. Bukan kegagalan kita cari. Tapi usaha kita kena miliki. Baru berjaya.

SPM aku pangkat 3 bro. Tapi aku sekarang ada Diploma Seni Drama (lakonan) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (pengarahan) dengan Kepujian. Dan nyaris-nyaris aku ada MA.

Dari tak tahu hala dan punca kini aku temui titik mula. Tepuk dada tanya selera. Jalan mana nak pilih. Terpulang.

Jangan malu jadi orang kampung. Sebab aku orang kampung. Orang kampung ke orang bandar ke sama je. Kita manusia. Jangan sampai Allah cuit kita, kita dah goyang? Tu tanda Allah suruh bangun dan ingat dia. Bukan goyang.

Belajar bro. Bukan untuk dapat kerja pun tak apa. Jadilah untuk dapat pengalaman diri. Be smart. Walau apa pun dan siapa pun kita, tapi kalau usaha, sampai ke Havard pun boleh dapat PhD. Insyallah amin.

Baca Juga : Ketiadaan Televisyen Resepi Peroleh 10A Untuk PT3

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter