Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook ikut jejak langkah Gary meninggalkan Running Man

1141
views
Iklan Infopelajar2u

Selepas pemergian Gary di dalam rancangan Running Man, kini tiba giliran Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pula bakal meninggalkan keluarga Running Man. Mereka sudah mengesahkan bahawa mereka bakal menamatkan kemunculan mereka di rancangan Running Man, namun tarikh akhir kemunculan mereka masih belum ditentukan. Baru – baru ini, peminat Running Man telah dikejutkan dengan pemergian Gary yang meninggalkan rancangan tersebut atas sebab mahu menumpukan pada bidang muzik yang diceburinya.

Berita sedih ini telah disahkan oleh kedua-dua agensi yang menjaga Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Dikhabarkan besar kemungkinan, pada tahun hadapan, Running Man akan muncul dengan beberapa wajah baru. Desas-desus menyatakan bahawa Kang Ho Dong bakal menjadi ahli Running Man yang baru.

Nampaknya selepas 6 tahun mereka bersama, ahli kumpulan Running Man kini telah mula membawa haluan masing-masing.Pastinya ramai yang bersedih dengan berita ini. Good luck and all the best untuk Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Terima kasih kerana menghiburkan kami sehingga tak kering gusi. Moga kita dapat menyaksikan lagi penampilan mereka bersama di masa akan datang.