Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang

12279
views

Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak  tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di  Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta .

Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang  tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan

Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang 2017

*klik pada kategori untuk mendapat info lebih lanjut

BIASISWA SEKOLAH

  1. Biasiswa Sekolah Menengah
  2. Biasiswa Sekolah Rendah
  3. Kecemerlangan Sukan

BIASISWA PENGAJIAN TINGGI

  1. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang
  2. Biasiswa Tahfiz Profesional
  3. Biasiswa Diploma Tahfiz Al-Quran
  4. Skim Pelajar Cemerlang YP

Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
  3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat dan kurang upaya, ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
  4. Pendapatan kasar ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  5. Pemohon dan ibu bapanya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, 26060
Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tel : 09­5181800 | Faks : 09­5181888 | Laman Web : www.yp.org.my | E­mail : [email protected]

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter