Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan

674
views

Biasiswa kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah
Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Awam sepenuh masa peringkat IJAZAH PERTAMA sahaja.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Ogos 2017 dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Syarat-syarat Am

  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL /
    Putrajaya / Labuan) serta pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  • Tawaran adalah tertakluk kepada penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam dan kemasukan ke semester 1, tahun 1.

Kelayakan Akademik

Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.

Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua
matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau
Diploma.

Keutamaan Kepada Bidang-bidang Berikut :

  1. Undang-undang
  2. Perakaunan
  3. Kejuruteraan
  4. Senibina
  5. Teknologi Komputer dan Maklumat
  6. Ekonomi
  7. Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan
  8. Psikologi dan Kaunseling
  9. Veterinar
  10. Akaun / Kewangan
  11. Sains Sosial
  12. Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP

Cara Membuat Permohan

Muat turun borang permohonan : Borang Permohonan

Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR. Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.

Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar :

  1. Surat Beranak.
  2. Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
  3. Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
  4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada).
  5. Keputusan / transkrip peperiksaan : SPM, STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Pra Universiti/ Foundation atau Diploma
  6. Surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat.

Peringatan

Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari
maklumat yang diberi tidak benar.

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.

Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.