Semakan keputusan panggilan layak menduduki ujian MEdSI bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemasukan ke Universiti Awam (UA) / IPTA bagi lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2016/2017
Calon yang memohon program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di UPSI atau Universiti Awam lain yang terlibat sahaja dipanggil untuk menduduki ujian MEdSI bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu termasuk calon UPSI, UTM, UKM, UM, UMS, UTHM, UIAM, UITM, UPM dan UUM
Menurut sumber daripada Laman Web Rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Semakan Panggilan Menduduki Ujian MEdSI 2017 untuk Kemasukan UPSI bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sesi Akademik 2016/2017 boleh buat semakan pada 24 November 2016 (selepas 12.30 tengahari) bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Manakala, semakan layak untuk calon temuduga atau Ujian Khas bagi program Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan boleh disemak pada 25 November 2016 pada jam 5.00 petang. Keputusan boleh disemak melalui aplikasi Semakan Temuduga dan Ujian MedSI 2017 secara atas talian (online) di bawah ini.
SEMAKAN PANGGILAN MENDUDUKI UJIAN MEDSI BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
Semakan layak menduduki ujian MEdSI bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dijangkakan akan diumumkan pada 24 November 2016 dan boleh mula disemak selepas jam 12.30 tengah hari. Semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
SEMAKAN PANGGILAN MENDUDUKI TEMU DUGA BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BUKAN PENDIDIKAN
Semakan layak menduduki temu duga bagi program Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan dijangkakan akan diumumkan pada 25 November 2016 dan boleh mula disemak selepas jam 5.00 petang.Semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.)
Maklumat Lanjut
Sebarang keterangan dan maklumat lanjut sila layari website ini : www.upsi.edu.my atau Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik atau mengemukakannya di alamat seperti di bawah ini:
Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
35900 Tanjung Malim, Perak.
No Tel : 05-450 6929 / 6930 / 6932
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter