Perhatian buat calon-calon yang telahpun membuat permohonan UPU khususnya bagi yang memohon kursus pengajian bertemuduga. Berikut dikongsikan tarikh penting Temuduga UPU sebagai panduan.
Semakan keputusan panggilan temuduga adalah untuk kursus bertemuduga, pendidikan dan bukan pendidikan meliputi lepasan SPM/ STPM/ setaraf. Tarikh yang dikongsikan adalah tertakluk kepada perubahan dan calon dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi UPU untuk tarikh sebenar.
Semakan Temuduga UPU
Temuduga bagi permohonan ke Universiti Awam ini melibatkan program yang memerlukan temuduga sahaja. Sila klik nama universiti awam yang berkenaan untuk ke laman semakan.
Semakan Panggilan Temuduga Program Bukan Pendidikan
Tarikh Semakan : 18 Mei 2020 (Isnin) 12 Tengah Hari
Semakan panggilan bertemu duga boleh disemak melalui pautan dibawah atau gambar yang tertera di infografik
Berikut disertakan pautan semakan semua universiti awam
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Baca : Tarikh Penting Permohonan UPU
Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pendidikan
Semakan Panggilan Menduduki Ujian MEdSI bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sesi 2020/2021 boleh disemak mulai 18 Mei 2020 selepas jam 5 petang melalui laman Semakan Panggilan Menduduki Ujian MEdSI Secara Atas Talian di pautan berikut:
Pautan Semakan : https://bhea.upsi.edu.my/kemasukan/medsi.html
Semakan layak menduduki Ujian MEdSI bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan adalah termasuk calon yang memohon program pendidikan di UPSI, UTM, UKM, UM, UMS, UEM, UiTM, UPM, UUM, USM, USIM dan UIAM.
Selamat maju jaya kepada semua pelajar dan tahniah kepada mereka yang berjaya dipanggil menghadiri temuduga.
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter