Semakan Temuduga UPU 2017

3059
views

Perhatian buat calon-calon yang telahpun membuat permohonan UPU 2017 khususnya bagi yang memohon kursus pengajian bertemuduga. Berikut dikongsikan tarikh penting Temuduga UPU 2017 sebagai panduan.

Semakan keputusan panggilan temuduga adalah untuk kursus bertemuduga, pendidikan dan bukan pendidikan meliputi lepasan SPM/ STPM/ setaraf. Tarikh yang dikongsikan adalah tertakluk kepada perubahan dan calon dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi UPU untuk tarikh sebenar.

Semakan Temuduga UPU 2017

Calon yang terlibat dengan semakan temuduga adalah pemohon yang memilih program pengajian bertanda (#) dalam sistem pilihan program semasa membuat permohonan melalui UPUonline.

Semakan Dibuka : 18 April 2017
Semakan Ditutup : 30 April 2017

Tarikh semakan temuduga dibuka / ditutup dan tempoh temu duga adalah tertakluk atau bergantung kepada UA / Institut yang terlibat.

Berikut disertakan pautan semakan semua universiti awam

Tarikh Penting Semakan Keputusan UPU 2017

Selamat maju jaya kepada semua pelajar dan tahniah kepada mereka yang berjaya dipanggil menghadiri temuduga.