Semakan Tawaran Kemasukan SBP Tingkatan 1 2020

3740
views
Iklan Infopelajar2u

Semakan tawaran penempatan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020.

Keputusan permohonan kemasukan ke SBP boleh disemak secara online menerusi Laman Semakan dan Cetakan Tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, di portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Semak Tawaran SBP Tingkatan 1 Online

Semakan keputusan tawaran kemasukan / penempatan serta cetakan surat tawaran ke Tingkatan 1 SBP tahun 2020 akan dibuka mulai 18 Disember 2020.

Semakan boleh dibuat secara online menerusi pautan berikut:

Klik Link ini : Sistem Aplikasi SST1 | Semakan Pusat UKSBP

Sila masukkan angka giliran UPSR 2019 dan klik butang “Semakan” untuk mula menyemak.

Cara Lain Semakan Keputusan Tawaran

Selain dari semakan secara online, pemohon juga boleh menyemak menggunakan kaedah-kaedah berikut:

  1. Hadir di kaunter BPSBPSK KPM, Cyberjaya
  2. Menelefon talian hotline BPSBPSK: 03-83217400
  3. Hadir di kaunter JPN/PPD yang berhampiran
  4. Makluman melalui SMS (calon berjaya)

Nota : Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya berjaya dan bersetuju untuk menerima tawaran, pemohon hendaklah mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.

Calon Berjaya (Cetakan Tawaran)

  • Pemohon yang berjaya (bersetuju dengan tawaran) hendaklah mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
  • Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
  • Tarikh pendaftaran pelajar ke SBP untuk ambilan pertama adalah pada Januari 2020
  • Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut
  • Tawaran kepada calon jaya adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan

Calon Gagal (Permohonan E-Rayuan)

Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama dan permohonan e- Rayuan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi semakan yang sama

Keputusan ditentukan pada ambilan kedua berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran calon ambilan pertama
Untuk lebih maklumat yang berkaitan, sila rujuk kepada pautan lampiran di bawah

Baca : Jawapan Kepada Persoalan Yang Sering Ditanya (FAQ) | Keputusan Pengambilan Dan E-Rayuan SBP Tingkatan 1 Tahun 2020

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut dan terkini mengenai tawaran kemasukan ke SBP, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.

Baca : Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here