Berikut kami kongsikan panduan cara membuat Semakan Pendaftaran Peperiksaan MUET 2018 Online yang dikongsikan dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Untuk makluman, pelajar kini boleh membuat Semakan Slip Daftar MUET 2018 Sesi 3, secara online dan juga SMS. Slip pendaftaran MUET perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran menduduki ujian MUET.
Semakan Pendaftaran MUET 2018
Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui Portal Rasmi MPM www.mpm.edu.my seperti tarikh berikut :
- Ujian Lisan : 24, 25, 26, 27 September dan 1, 2 Oktober 2018
- Ujian Bertulis : 29 September 2018
Semak jadual peperiksaan MUET di sini : Kalendar Peperiksaan MUET
Nota : Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.
Cara Semak Slip Pendaftaran Secara Online
Anda boleh semak dan print slip tersebut melalui pautan yang disediakan dibawah:
Sila Klik : Applikasi Semakan
Semakan Secara SMS
Calon boleh menyemak status MUET melalui khidmat Sistem Mesej Ringkas (SMS) dengan menaip
- MUET <jarak> INFO <jarak> Nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888
Panduan Rahsia Lulus MUET
MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Serius, susah nak lulus peperiksaan MUET ni, jika melakukan persediaan pun tidak melakukannya secara menyeluruh, tapi jika anda betul nak berjaya, anda boleh mengikuti tips berjaya peperiksaan MUET melalui panduan Rahsia Lulus MUET ini
Mahu dapatkan panduan dan rujukan untuk persediaan peperiksaan MUET? Boleh dapatkan menerusi pautan di bawah ini.
Jika anda ada rakan-rakan lain yang juga bakal ambil peperiksaan MUET 2018, hebahkan mengenai laman web ini menerusi butang kongsi yang disediakan.
Semoga berjaya.
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter