Tarikh Semakan Panggilan Temuduga IPG PISMP 2017 Ditunda

1793
views
Iklan Infopelajar2u

Calon (pemohon) lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan tahun 2017 di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh membuat semakan status permohonan dengan mengikuti setiap turutan atau peringkat aktiviti yang terdapat dalam kalendar aktiviti bagi permohonan PISMP

Tarikh Semakan Panggilan Temuduga IPG

Untuk pengetahuan, calon yang layak akan dipanggil hadir temuduga melalui semakan online yang bakal dibuka. Sebelum ini jika mengikut kalendar aktiviti adalah pada 9 Mei 2017 tetapi ia DITUNDA ke satu tarikh berhampiran iaitu mulai 15 Mei 2017 jam 5.00 PM sehingga 22 Mei 2017 jam 11.59 PM

Calon perlu melepasi peringkat-peringkat penapisan permohonan termasuk temuduga, ujian untuk melayakkan calon menyambung pegajian dalam perguruan ini.

Maklumat lanjut PISMP, rujuk diĀ portal rasmi PISMPĀ https://pismp.moe.gov.my/