Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online

45393
views

Semakan SAPS 2018 Online. Kini keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ataupun dikenali sebagai SAPS NKRA. Sistem SAPS akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Keputusan peperiksaan seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan di SAPS Ibu Bapa. Panduan ini adalah buat Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah.

Semakan SAPS 2018 Online

Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 1 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 dan ke atas.

Langkah-langak mengunakan SAPS:

  1. Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
  3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah.
  5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan sebagainya.
  6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Peperiksaan Dalaman Sekolah 2018

Untuk pengetahuan ibu bapa, berikut adalah Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2018 yang mengandungi menggunakan Sistem SAPS:-

  • Ujian Awal tahun
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Percubaan (Trial Exams)
  • Peperiksaan Akhir Tahun

 

Maklumat Lanjut

Sila klik pada pautan di bawah untuk dapatkan Panduan SAPS dalam bentuk PDF jika anda mahu maklumat yang lebih lanjut.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

2 COMMENTS

  1. sape la yg buat sistem ni? pencacai jaga laptop ke? macam haram punya sistem… bayar juta2 pun macam ni punya kualiti sistem ka? sape yg buat sistem ni harap2 kena sumpah 7 keturunan lembab dan biol… ngabihkan duit negara je…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here