Semakan Keputusan Temu Duga MybrainSc 2016

279
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa MybrainSc adalah Inisiatif Kerajaan untuk Lahirkan Saintis Bertaraf Dunia!

Biasiswa MybrainSc adalah salah satu program yang menawarkan biasiswa kepada pelajar yang sedang atau akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa di universiti awam.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menghasilkan lebih ramai saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran sekali gus melahirkan cendekiawan bertaraf dunia dan diikitiraf  sebagai Nobel Laureate.

Wan Ramli Wan Daud (kiri), Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat (tengah) dan Siti Kartom Kamaruddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara saintis Malaysia yang diiktiraf dunia menunjukkan buku rekod pencapaian anugerah The World’s Most Influential Scientific Minds 2016.
Wan Ramli Wan Daud (kiri), Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat (tengah) dan Siti Kartom Kamaruddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara saintis Malaysia yang diiktiraf dunia menunjukkan buku rekod pencapaian anugerah The World’s Most Influential Scientific Minds 2016.

KELAYAKAN PERMOHONAN BIDANG PENGAJIAN

Kelayakan permohonan adalah hanya pada bidang pengajian berikut sahaja:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan kepada tiga kategori tahap pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (master) dan PhD.

PhD

  • Calon adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon.
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama.
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan.
  • Calon sedang mengikuti pengajian PhD atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.

IJAZAH SARJANA (MASTER)

  • Calon adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon.
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama.
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.

IJAZAH SARJANA MUDA

  • Calon adalah warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon.
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level.
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT.
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

IKATAN PERJANJIAN BIASISWA

  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
  • Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan ganti rugi ke atas calon sekiranya.
  • Calon diberhentikan oleh pihak IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini.
  • Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.

bh_20151215_adsgsaintis_2022589

PERMOHONAN

  • Permohonan dibuka setahun sekali bermula pada 4 Januari hingga 11 Mac 2016.
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPT.
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
  • Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
  • Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
  • Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostattetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Pengawal / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
  • Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

i)       Permohonan peringkat Ijazah sarjana muda.

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan SPM.
  • Transkrip penuh Asasi/Matrikulasi/STPM/IB/A-level/Diploma/SAT.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)

ii)      Permohonan peringkat sarjana (Master)

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
  • Gambar berukuran passport
  • Slip Keputusan SPM
  • Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
  • Rancangan penyelidikan
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)

iii)     Permohonan peringkat PhD

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
  • Gambar berukuran passport
  • Slip Keputusan SPM
  • Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
  • Transkrip penuh Master
  • Rancangan penyelidikan
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)

KAEDAH PEMILIHAN

  • Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen.
  • Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik.
  • Pemilihan bersama dengan agensi penaja lain seperti JPA, MARA dan lain-lain.

image-2

Oleh itu bagi yang sudah membuat permohonan semakan keputusan biasiswa MybrainSc telah dibuka dan akan ditutup pada 31 Disember 2016. Semakan boleh di buat menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi . Klik sini untuk terus ke portal semakan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter