Kepada pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pengambilan tahun 2018, berikut adalah maklumat berkaitan semakan status keputusan permohonan dan tawaran.
Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia dan ianya adalah sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan.
Semakan Keputusan Tawaran MRSM
Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 ambilan tahun 2018 meliputi tarikh penting dan applikasi semakan.
Tarikh Semakan Tawaran : 22 Januari 2018
Applikasi Semakan Keputusan MRSM
Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah. Pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.
Pemohon yang berjaya dikehendaki SAHKAN penerimaan atau penolakkan dalam tempoh 7 (tujuh) hari. Calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap telah menolah tawaran kemasukan.
Secara Online
- Sila Klik : Sistem applikasi Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1
- Sila Klik : Sistem applikasi Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4
Secara SMS
- Taipkan: MARA (jarak) MRSM (jarak) ANGKA GILIRAN hantar SMS ke 15888
Permohonan Rayuan
Rayuan bagi pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran kemasukan MRSM boleh dibuat secara online.
Sekiranya tiada butang pautan rayuan selepas membuat semakan status permohonan, pemohon boleh berusaha dan cuba menulis surat rasmi (permohonan rayuan bertulis) kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA
Nota : Keputusan rayuan masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pemohon dan kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran pelajar baharu nanti
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509/ 4531/ 4532/ 4516 atau 03-2613 9070
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter