Calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2016 boleh mendapatkan keputusan STAM 2016 masing-masing pada 19 Januari 2017 (Khamis) selepas jam 10:00 pagi.
Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada calon STAM, berikut kami kongsikan beberapa cara semakan keputusan untuk memudahkan anda.
Semakan Keputusan STAM 2017 Secara Online Dan SMS
Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi keputusan diumumkan serta cara untuk mendapatkan keputusan (result) STAM 2016 secara manual (melalui sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri) atau online (semakan atas talian)
Tarikh Rasmi Pengumuman Dan Keputusan (Result) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 adalah pada 19 Januari 2017 (Khamis) selepas jam 10:00 pagi
*Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi
Kaedah semakan seperti berikut :
1. Dapatkan di Sekolah Masing-masing
Calon Sekolah
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi.
Calon Persendirian
Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu.
2. Semakan Online
Sistem semakan online bagi keputusan STAM 2016 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan.
Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia
Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan
Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN
3. Semakan SMS
Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) diaktifkan bermula jam 10 pagi dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut
Taip : STAM (jarak) Angka Giliran seterusnya hantar ke 15888
Contoh : STAM MQ027S025 hantar ke 15888
Info Berkaitan
- Permohonan UPU 2017 Online Untuk Universiti Awam dan Politeknik
- Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 1 2017/2018
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter